Dalam
dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…. Mempunyai seorang
sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering
terlupa akan hal itu.
Cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati
bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk
menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa
dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu
berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan
perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan
dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang
diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita
yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang
untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita
mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi
sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita
rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh
dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa
lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia
bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya
bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
mereka penglipur lara saye!!! |
die jiwa sy....n a mama to adeeb adha.i love her somac |
big day for bella......the cutest amani kaisara on the left!!!! luv u guys |
gadis semasa....gadis ke??heheheh |
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..
No comments:
Post a Comment