Wednesday 28 May 2014

::hati::

Ya Allah.Ya Tuhanku tersentuhnya hati bile tgk gambar lilaffdi.Besar sungguh kuasa Allah.Hanya Tuhan yg tau cemane perasaan bile dpt tgk zuriat sendiri.membesar dlm kandungan.sihat. ya Allah memang tersentuh naluri ibu.

Moga die membesar dgn sihat.jadi anak yg baik dan soleh utk daddy n mummy. My love is for u syg!!!

Friday 23 May 2014

::lilaffdi is 32weeks::

Assalamualaikum...

fewww masuknye 32weeks ni i dah rase kepenatan yang agak teruk.cuba membiasakan diri.oklah.. actually takdelah nak cerita ape sgt..for time being i memang terasa debaran nak bersalin.banyak juga bertanya dengan akak2 kt ofis.bff2 i yg dah ade experience deliver ni kan.how is the process...the ongoing process??feeling?mcm i ni 24jam cuaknye.tgk perut sendiri pun cuak sbb besar je rase.postnatal set la.macam2 yg i kuiri..hahaha maklumlah 1st baby.n im a bit afraid.(a bit???? emmm byk kot).so skrang ni i memang dah prepare barang2 baby.dah dobi pun.n packing..barang2 i belum lagi.tgh nak dobi kain batik.breastfeeding bra pun blum cari lagi.huhuhuhu.weekend ni la baru nak pegi cari.then dobi n pack.nex week start naik kereta pergi keje.so hopefully leh reduce backpain i ni.

oklah.time to go home.keje pun dah settle

happy weekend everyone!!!

Friday 16 May 2014

::lilaffdi is 31weeks::

Lengan, kaki dan badan bayi dalam kandungan anda terus membesar - dan akhirnya sepadan dengan saiz kepalanya. Beratnya lebih kurang 1.5kg dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 41sm dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak segiat dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda boleh rasa dia mengeliat-ngeliat, anda tahu dia sihat. Tapi percayalah, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Berat badannya dijangka bertambah sekurang-kurangnya 900g lagi sebelum dia dilahirkan

Organ bayi anda terus matang dan dia membuang air kecil melalui pundi kencingnya. Ini adalah persediaan yang baik untuk melatih dia membuang air selepas lahir. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diinginkan oleh bayi anda - imbasan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Berat badan anda mungkin telah meningkat berat sebanyak 1.3kg hingga 1.8kg pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik sehingga 460g seminggu semasa trimester terakhir kerana bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 






Monday 12 May 2014

::Bismillahirrrahmanirrahim 3rd Trimester::





welcome n hello 3rd trimester

Ya Allah,peliharalah anakku selama dia berada dlm perutku dan sihatkanlah dia.Engkaulah yg menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu.penyembuhan yg tidak meninggalkn penyakit. Ya Allah,rupakanlah dia yg ada diperutkn dgn rupa yg baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu. 
Ya Allah keluarkanlah die dari perutku dgn mudah danselamat.Ya Allah jadikan dia sihat yg sempurna dan berakal,pandai,alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya,fasihkanlah lisannya,baguskanlah suaranya utk membaca alQuran dan Hadis dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bg Allah Tuhan semesta alam.

Amin Ya Rabbal Alamin