Tuesday 6 March 2012

::DARA::

aku sedikit serious ari neh......
 pas terbaca 1 blog ni.....hasilnye 


Aku ada tertengok di iklan tv3 tentang mahkota seorang perempuan terletak di rambutnya. Aku rasakan iklan tersebut tidak benar. Cubalah korang semua fikir, kalau seseorang perempuan tu botak, adakah perempuan tersebut dikatakan tiada mahkota diri?
Sejak zaman persekolahan ku dulu, cikguku selalu berpesan kepada kaum perempuan ni bahawa jagalah mahkota anda semua sehingga ke alam perkahwinan. Maksud cikgu aku tu, jagalah dara anda wahai perempuan.

Jadi, kita kembali semula dengan tajuk perempuan tiada dara di BLOG-AYIE[dot]com.Aku tak pernah lagi dengar bahawa seseorang perempuan tu lahir tanpa dara setakat ni. Yelah lapisan dara tu kan nipis dan mudah terkoyak. Jadi waktu lahir tu, bukan senang nak tahu bahawa seseorang bayi perempuan tu ada dara ataupun tiada.
Mengapakah seseorang perempuan itu tiada dara sebelum perkahwinan? Mengikut pembacaan dan pembelajaran aku selama ini, lapisan dara seseorang perempuan akan terkoyak apabila seseorang perempuan itu banyak bersukan ataupun sudah terlanjur. Entri aku pada kali ini akan berkisar tentang keterlanjuran seorang perempuan.
Siapakah dan apakah maksud seorang remaja? Pada pendapat aku, seorang remaja itu akan melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencuba. Kadang-kadang, cubaan mereka itu amatlah berguna untuk diri dan masyarakat. Tetapi, kebanyakakannya cubaan seorang remaja itu terhadap sesuatu menjadikan diri mereka rosak.

Melakukan seks ataupun persetubuhan antara lelaki dan perempuan sebelum melalui akad nikah yang sah mengikut agama Islam adalah haram. Ia di anggap zina dan berdosa besar bagi yang melakukannya. Seorang perempuan yang sudah berzina itu akan berkahwin dengan seorang lelaki sama taraf dengannya kelak kerana itulah janji Allah S.W.T. Perempuan yang baik itu hanyalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Semua ketetapan tidak boleh kita ubah kecuali dengan izinNya.
Bagi kaum lelaki yang telah berkahwin, jikalau pasangan anda itu telah terlanjur dengan lelaki lain sebelum perkahwinan, apakah pandangan anda? Anda mendapat tahu bahawa pasangan anda tiada dara pun semasa melakukan malam pertama perkahwinan anda itu.
Manusia mempunyai pelbagai warna rambut, warna kulit dan berlainan jenis darah. Jadi lain manusia lainlah pandangan. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Perkara yang telah berlaku itu usahlah dikenang. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Binalah hubungan kekeluargaan yang baru. Bimbinglah seseorang manusia itu ke arah jalan yang benar. Maafkanlah si dia jikalau itu salahnya.

No comments:

Post a Comment