Wednesday 28 March 2012

BACKDATED ENTRY::family gath yang tah ke berape pun tak igt::

pengantin yang dirai
last week on 10march we the whole family going to Ipoh for my cousin wedding.yes talk about wedding cum fam gath ni aku cam risaw.mesti wat baju baru.hahahahah thats not the point.aku risaw sbnrnye org dok tny turn aku bile, sbb den malas bonar nak menjawab.sgt annoying soklan cepukmas tuh.meme minx kene cepuk...

ermmm back to real story..actually family sebelah mak aku sgt majmuk.means setiap negeri ade 1 wakil....except for johor.luckily i dont like johor!!! for sum other reason.ahaaaa so mak aku ade 12siblings.and 9 of them dah kawen.so aku ngn cousin aku dh calculate bape org dlm umah bile 1 event tu dibuat.cucu saje 31 org.outsiders which mean to menantu 9+4 yang in law mude2 ni.n cicit ade 2 which refer to my beautiful ladies in the house +4 cucu pakteh..total kan lah sendiri ye....

n we're so lucky sbb my both uncle ni baru je siap rumah baru die kat Ipoh tuh.tempat berlangsungnye kenduri my cousin.rumah yg cukup besar.

sesampainye aku kat ipoh....start bergosip hingga ptg.mlm we've to cook for dinner.idea asal nak goreng ayam ala2 KFC.n makan western food.tapi yg oltaimer ni nak makan nasi ngn ulam2 so we have to cancel early plan. masak la gulai lemak udang..sayur ,ulam-ulaman ngn sambal belacan..

tapi yg youngsters like me.....heheheh still nak western food.so kitorg pun masak mashed potato,ayam goreng.yummyyyyy... but yet not yummy as the food sbb kiotrg kene kemas.uwaaaaaaaa

enjoy the photos...



mak sy!




makcik sy n oyang saye!.
shira-nani-ienas

hafiey & shafiey

gelagat di rumah

gossip harus ade

ayahanda & bonda






















 tp gath kali ni mmg best.sbbnye ramai yg ade.so we cud spend more time like this with the whole family.....then u will feel bile ramai2 makcik pakcik cousinsssss sume in the house.gossip to each other.mmg best.makan ramai2.im glad to have this 1 happy family eventho atok,opah xde.mereka tetap dalam ingatan.Al-Fatihah



they love kids





Monday 26 March 2012

::hari ni oooHHHHH hari ni::

Harini hari yg fresh...lg gi opis pakai kaler purple+ pink.sangat ceria..mud pn seceria kaler baju n tudung.. Arini  tinggal 7 ari lg big boss masuk ofis.so nextweek, be prepared dilla!! bermula la nanti saat kebizian dan ketensionan yg boleh memuncungkan bibir mcm selalu dulu...hehehhe~

So, mase yg ade ni ape la lagi nk buat..ni je la keje aku..ade jugak bukak wikipedia..nk refresh n mantopkan balik pasal English aku...sbb aku suke English walaupun x terer mane..tp sebaek ade related jgk dgn keje aku yg previously ni..sbb purchasing byk gune english.so xde lah berabuk english aku.......kemengantukan tahap gaban~ (menguap)

+ mengantok +

+ mengantok +

+ menguap +

dah kol 3.27m..solat jap..at least muke basah fresh cket mate ni..pastu boleh la lelap jap 5menet..gile menyenggok tersenggok2

_________________________________________________________________

Ade bagusnye jgk aku bukak beautiful nara...seronok bace link ni
komen2 tu at least buat aku senyum n gelak sorang2..layan laa..ye la kalo ikotkn hati nk marah jgk..sbb org yg kritik tu lebih kepada mengutuk...kite ni malaysian, islam lagi..ade budi bahasa n adab..so x sepatotnye menggunakan bahasa mcm tu..tu laa.. (~_~)
sekadar gambar hiasan.....ecehh

::mOnday bluEs::

u know how its feel working on Monday

i hope my day went so so well and faster!!!

fastas !!! fastas!!! yeeehaaaaa

Friday 23 March 2012

::youngsters..hikhikhik::

bile bace cerita budak kecik kene kidnapp n so on aku jd mcm sedey jek.dpt rase ape mak bapak drg rase.mesti setiap mase fikir pasal anak diorang.ermmm eventho im not a parents yet but still dpt rase ape parents diorang rase..................... and start thinking about my beautiful ladies dhia ardinie n inas fatinie..takutnye.rase nak je bwk diorang kehulu kehilir sbb takot ngn kes2 mcm nih....minx Allah swt jauhkanlah Amin ya rabal alamin.

dalam hal ni sume pihak salah,
1)org jahat tu mmg salah la
2)parents budak yg diculik sbb x alert
3)family budak yg diculik sbb x amik berat
4)budak tuh skali sbb nakal,xdgr cakap n hyper active

meh aku cite ape jadi kat aku time kecik2........................

mase kecik2 dulu mak selalu bawak g warta superstore kat selayang.sebagai budak kecik yg hyperactive..mase tuh umur aku around 5 to 6 years old....abg aku mase tu dah standard 6 kot.die sgt diam.kehyperactifan aku memey mengalahkan die.sampai mak aku selalu ckp biar org jahat amik adik.mak malas nak jage.tp aku tetap dgn kedegilan yang sebenarnye mase tuh kecik so xdpt bezakan lg,yg penting aku dpt lari2 dlm mall tuh.heheheheheh.

tibe-tibe.....................................................................

aku tgk kiri kanan ....mane makkkkk.makkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

then ade 1 cermin besar kat warta tuh.aku terlompat2 dlm tgk cermin tuh.mak aku ade dlm cermin tuh.bile aku pusing belakang die xde.aku jerit lagi makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

then ade sorg uncle ni (bangsa india) ye he touched me n asked adik,knp jerit2 cari siape? aku terus nangis sbb die besar.gemok.ade misai n janggut yg banyak....

uncle ni terus pujuk....die x bawak lari aku pun.die trus pujuk dlm 5 minit then mase tu gak la mak aku muncul depan mata n gelak2 kan aku. n ayah aku terus salam uncle tuh.yg sebenarnye kawan to my parents.drg dah janji nak jumpe.so aku la jadi mangsa testing drg sbb aku nakal sgt.wahhhh gitewwww.n fyi uncle tu bukan bangsa india pun.die pure malayu cume kulit gelap jek.

then mase balik aku ckp ngn mak aku nape uncle aman tu gelap ha mak?? mak diam jek.tp abg aku jwb maybe die byk makan kicap...

kesimpulannye:siapa yg lagi nakal???? n patot di culik..hahhaha

the choice is YOURS.hahhahah

Thursday 15 March 2012

::calon menantu::

 Duhai Ibu ..

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..


Izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu


Perkenalkan saya adalah wanita biasa dengan kepribadian yang teramat biasa..

dan dari kalangan keluarga yang biasa saja…

Saya bukanlah Khadijah ra..

Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra..

Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..

Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..

Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….


Duhai Calon Ibu mertuaku...

Seperti yang saya katakan,….saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….

Ketabahan yang tak seberapa,…..

Dan kecantikkan saya pun tak pantas di perhitungkan….

Namun ibu,….

Saya adalah wanita akhir zaman,….

Yang punya cita -cita, menjadi wanita Sholehah…

Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku.. 

 dan juga padamu…..Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….

Tapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..

Dan kelak pada mujahid – mujahida ku..calon cucu mu duhai ibu,…..

Duhai ibuku sayang..

Engkau tak perlu khawatir ibu,…

Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu…

Justru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….

Karena akan saya katakan padanya bahwa….

Engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya lalu saya…

Saya pun tak akan marah...

Jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..

Karena sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimbah pengalaman….


Dan engkau yang lebih tau keinginan anakmu…..


Duhai, Calon ibu mertuaku….

Saya harap kita akan menjadi rakan yang baik,…

Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu…

Perlu banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,….

Duhai Ibu..

Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…

Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin berbagi….

Karena sekali lagi saya bukanlah Siti Hajar yang sabar dalam penderitaan…. 


 Saya hanyalah wanita biasa ..
yang sentiasa memerlukan bimbingan dari ibu mahupun anak ibu..

Teriring Salam Sayang,


Calon Menantumu...


http://cokelatmanis.blogspot.com

Wednesday 14 March 2012

::Alert::

39 Kes Kenapa Lelaki Tak Layak Menjadi Suami


39 KES KENAPA LELAKI TIDAK LAYAK MENJADI SUAMI



Kes 1.
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama


Kes 2.
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.


Kes 3.
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.


Kes 4.
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.


Kes 5.
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.


Kes 6.
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


Kes 7.
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.


Kes 8.
Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.


Kes 9.
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.


Kes 10.
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.


Kes 11.
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".


Kes 12.
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.


Kes 13.
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.


Kes 14.
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.


Kes 15.
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


Kes 16.
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..


Kes 17.
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..


Kes 18.
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.


Kes 19.
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


Kes 20.
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.


Kes 21.
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


Kes 22.
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.


Kes 23.
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


Kes 24.
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.


Kes 25.
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.


Kes 26.
3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


Kes 27.
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.


Kes 28.
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


Kes 29.
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.


Kes 30.
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.


Kes 31.
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


Kes 32.
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?


Kes 33.
Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.


Kes 34.
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" (love bite) perempuan lain di badannya.


Kes 35.
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.


Kes 36.
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.


Kes 37.
Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.


Kes 38.
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...


Kes 39.
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung "




MAAF BUKAN NAK KATA LELAKI SEMUANYA BERGINI CUME INILAH CERITA DARI KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!

++taken from bloggers++

Friday 9 March 2012

::SAHABAT.FRIEND.BUDDY::

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri….. Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…. Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
 Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. 
 Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

mereka penglipur lara saye!!!
die jiwa sy....n a mama to adeeb adha.i love her somac
big day for bella......the cutest amani kaisara on the left!!!! luv u guys
gadis semasa....gadis ke??heheheh

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi, 
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah, 
Saya muhasabah, menerawang sendiri, 
Dari kecil ke saat ini, 
Ramai sudah bertandang di hati, 
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah, 
Sahabat ketawa, saya gembira, 
Sahabat sayu, saya syahdu, 
Sahabat layu, saya pilu, 
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah, 
Kawan saya, sahabat saya, 
Rahmati kami meniti usia, 
Terpisah kami di alam nyata, 
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah, 
Sahabat saya, buah hati saya, 
Mesra kami penawar duka, 
Rindu kami menambah cinta, 
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah, 
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah, 
Bermusuh kami, na`uzubillah, 
Berpisah mati, insyaAllah, 
Pengubat hati, do`a rabitah..

Wednesday 7 March 2012

::tips KAHWIN MUDA::


Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah 

Taken from my beautiful cousin blog FHT.btw saye xmude pun.dah tua.saje utk org muda2 bace2.n best of luck

Tuesday 6 March 2012

::Full House::

ini tempat makan yg syg paling suke.dalam bahasa omputih "my fav restaurant" ha taw sbb ape...sbb ni..






 reason: 1)cantekkkk
             2)sedap
             3)best
             4)cosy
             5)cumell
             6)convenience
             7)dkt ngn umah (wangsa walk pon ade taw)
             8)mcm romantik sbb dpt mkn ngn org yg kite syg...hakhakhaktuiiiii


::DARA::

aku sedikit serious ari neh......
 pas terbaca 1 blog ni.....hasilnye 


Aku ada tertengok di iklan tv3 tentang mahkota seorang perempuan terletak di rambutnya. Aku rasakan iklan tersebut tidak benar. Cubalah korang semua fikir, kalau seseorang perempuan tu botak, adakah perempuan tersebut dikatakan tiada mahkota diri?
Sejak zaman persekolahan ku dulu, cikguku selalu berpesan kepada kaum perempuan ni bahawa jagalah mahkota anda semua sehingga ke alam perkahwinan. Maksud cikgu aku tu, jagalah dara anda wahai perempuan.

Jadi, kita kembali semula dengan tajuk perempuan tiada dara di BLOG-AYIE[dot]com.Aku tak pernah lagi dengar bahawa seseorang perempuan tu lahir tanpa dara setakat ni. Yelah lapisan dara tu kan nipis dan mudah terkoyak. Jadi waktu lahir tu, bukan senang nak tahu bahawa seseorang bayi perempuan tu ada dara ataupun tiada.
Mengapakah seseorang perempuan itu tiada dara sebelum perkahwinan? Mengikut pembacaan dan pembelajaran aku selama ini, lapisan dara seseorang perempuan akan terkoyak apabila seseorang perempuan itu banyak bersukan ataupun sudah terlanjur. Entri aku pada kali ini akan berkisar tentang keterlanjuran seorang perempuan.
Siapakah dan apakah maksud seorang remaja? Pada pendapat aku, seorang remaja itu akan melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencuba. Kadang-kadang, cubaan mereka itu amatlah berguna untuk diri dan masyarakat. Tetapi, kebanyakakannya cubaan seorang remaja itu terhadap sesuatu menjadikan diri mereka rosak.

Melakukan seks ataupun persetubuhan antara lelaki dan perempuan sebelum melalui akad nikah yang sah mengikut agama Islam adalah haram. Ia di anggap zina dan berdosa besar bagi yang melakukannya. Seorang perempuan yang sudah berzina itu akan berkahwin dengan seorang lelaki sama taraf dengannya kelak kerana itulah janji Allah S.W.T. Perempuan yang baik itu hanyalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Semua ketetapan tidak boleh kita ubah kecuali dengan izinNya.
Bagi kaum lelaki yang telah berkahwin, jikalau pasangan anda itu telah terlanjur dengan lelaki lain sebelum perkahwinan, apakah pandangan anda? Anda mendapat tahu bahawa pasangan anda tiada dara pun semasa melakukan malam pertama perkahwinan anda itu.
Manusia mempunyai pelbagai warna rambut, warna kulit dan berlainan jenis darah. Jadi lain manusia lainlah pandangan. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Perkara yang telah berlaku itu usahlah dikenang. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Binalah hubungan kekeluargaan yang baru. Bimbinglah seseorang manusia itu ke arah jalan yang benar. Maafkanlah si dia jikalau itu salahnya.

Thursday 1 March 2012

::penggila KASUT::

percaya atau x ni la one of my  fav design yg saye suke!!!!! arghhhh penggila kasut

::terukir di BINTANG::

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti

Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti

Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu…

::Speak Now!!~ ⓛ ⓞ ⓥ ⓔ::








I'm not d kind of girl who should be rudely barging in 
on a white vail occasion & U 
are not d kind of boy 
who should be marrying d wrong girl
I sneak in & see Ur friends & her snotty little family

All dressed in past twelve & she is yelling at a bridesmaid
Somewhere back inside a room wearing a gown shaped like a pastry
This is surely not what U thought 
it would be & I lose myself in a daydream where I stand & say

Don't say yes, 
run away now I'll meet U 
when U're out of  at d back door
Don't wait or say a single vow 
U need to hear me out & they said "speak now"
Fond gestures are exchanged & d organ starts to play a song 
that sounds like a death march 
& I am hiding in d curtains
 it seems that I was uninvited by ur lovely bride-to-be

She floats down d aisle like a pageant queen.
But I know U wish it was me U wish it was me (Don't U?)
I hear d preacher say "Speak now 
or forever ho-old Ur pea-ea-ea-eace
There's d silence, there's my last chance 
I stand up with shaking hands, all eyes on me
Horrified looks from everyone in d room
 but I'm only looking at 
U.

::there's no Thursday bluesssss::

Arini terase cam malasssss nye nk g keje, rs cm nk rehat2 aje kt umah plus mcm pewot tak bape nak sihat!!!..aku rase aku ni kurang vitamin la tu la agknye penyakit malas ni asek berulang je...tadi b4 g keje aku smpat check fesbuk dulu dr umah..konon2 kalo ade killer notifications bleh la mc ke ngelat ke...kekekek~ 
(sile jgn tiru perangai ini okeyh!) 
tp sebaek tenang2 aje notification yg aku dpt so angkat beg trs kua dgn muke tersenyum...done wit my make up today.owhhh im in PINK!!! br la smangat g keje...

So arini keje aku tak bape nk berat, cume kene setlekan some sort of technical clarification yg melambak dr mggu lepas (yg mane time aku mc n coti sbb warded last week) so harapan aku cepat2la setle natang nih, x sanggop nk ngadap mnde ni je...blh muntah darah camnih...huwaaa!~ bos aku plak xde smp 5th Mac lagi la aku sakit die xde.sbbnye byk yg kene clarify dgn jabatan.kalau yg paham tu ok yg xphm tu yg payah... so to my lovely bos balikla cepat kak.ila dah xthn menanggung bebanan keje akak!!!! ihihihihi
ni tgh gedix