Friday 27 January 2012

::1 small little family in tha house::

my brother n his beautiful ladies dhia

mak saye!!!

perfect!!!

my ayah!!!

dhia ardinie
niat bukan nak publish sesaje nak introduce family ni..tp tibe2 touching ptg ni.teringat nak gath 1 family.owh bulan 3 di Langkawi for the whole family!!!!

::wordless::


Thursday 26 January 2012

::keeping up with The Kardashians::

die ni x slim...tp cun sgt!!!! kan best dpt body cam die.hahahahha

dress tu juz fit on hers like shes so beautiful!!!!!!OMG her hair do's...........shoes!!!!!!!


::im a mummy to mohd adeeb adha bin mohd aidil adha::

aik pelik??ke ade yg missing ni?? yaaa im a mummy to this cute little boy named mohamad adeeb adha!!! bile aku pregnant!!!hahahaha kidding..tggu next entri??mummy luv u adeeb!!

::mengenang...terkenang...dikenang....=aku rindu korang weiiiii::




wordless aku juz windu korang!!!!!!!!

Wednesday 25 January 2012

::kite trust die....tp die......::

sedey wey dpt kawan camni.
kite bercerita problem kite,hal kite,masalah kite tp........................
mcm syialll g cite kat org lain....
org lain tu plak jujur ya amat g cite kat kite balik!!!!!
perghhhh wat muke tenang sambil cite balik a ah btol la tuh!!!!!
memang xleh nak keep secret langsung org mcm ni!!!!!
aku tumbok ko gak....marahnye la haih!!!!
igt dah jgn percaye DIA langsung!!!!!!!!!!

::keje keje keje keje::

tertekannye ari ni.....pagi ptg mengadap aset bukan perubatan 2012
arghhhhhhhhh penat!!!
bile lah dapat tukar unit ni!!!!
tak sabar nak lari dari bebanan keje!!!!!!!!!
kan best kalau aku dok umah!!!! rase nak rehat puas2

tak sabar nak release tension!!!!!

::AKU rindu sayang KAMU::

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh

::bila aku jatuh cinta::

lagu saye dan die....

8.00 am -smp kat ofis
810 am- tggu kak nor dtg nak g bekpes.tekak nak makan roti canai +teh ais(kuah dal die superb weiiiiiii)
815am-tggu kak nor ..tgk kiri kanan xde pun...u waaaa lapar

kite layan lagu ni!!!!!


Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu

Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah



::entri pasal Pullman la plak::

ok last week ri tuh aku ngn family telah menghabiskan mase dekat Pullman Lakeside Hotel di Putrajaya

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nganga besar aku bile sampai.sbb tantek cangat!!!!tite suke!!!! uwaaa dpt pegi ngn buah hati kan best!!!ade ke??

smp sane aku trus tanpa melengahkan masa mengsnap pic di tepi tasik Pullman tu.

hasilnyeeeeeee

ngn inas fatinie

dhia ardinie

ni hobi kakak main pasir!!!!!

pic mak ngn ayah mmg susah nak snap.sbb jarak drg jaoh antara 1 same lain.my sis in law ngn my brother tgh swimming x abis2 lagi time ni!!!!! next time kene lame lagi lepak.x mahal pun.nak swimming rm2 sekali masuk.mandila sampai kecut2 badan.....



to all my fwens n families yg mau g sane have fun fun snap picture n menikmati view yg best Pullman Lakeside Resort & Hotel la pilihan yang tepat...

p/s:byk pic lg x upload sbb tenet slow mo.....(pagiku di ofis seblum breakfast)

Tuesday 24 January 2012

::Pullman Lakeside Putrajaya::

tantek takkkkk???

ni fav food sy

ni la hotel idaman

waktu mlm mmg cun

 
ni tempat dinner!!!!
tggu next entri.......ni baru gambarnye!!!!hahahahah

::Tuhan berikanlah aku CINTA::

Walau aku senyum bukan berarti aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cobaan hidup seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

 ♥  ♥  ♥

Ya allah, jika suatu saat aku jatuh cinta..
Jangan Engkau jadikan cintaku lebih besar daripada cintaku pada-Mu.
Ya allah yang Maha Mulia, muliakanlah aku dengan cinta-Mu.
Dan jangan Engkau jadikan cintaku kepada apapun melebihi cintaku pada-Mu.
Ya allah yang Maha Mencintai, seandainya aku jatuh cinta..
Jadikanlah cinta-Mu yang tak terbilang, berlimpah atasku kerana aku jatuh cinta hanya kerana-Mu.
Jadikanlah cintaku ini hanya kerana untuk mendapatkan redhaMu.

Ya allah yang Maha Pengampun..
Andaikata dalam hatiku terdapat fitnah dalam cinta..
Ampunilah dosa-dosaku kerana telah terbuai oleh godaan syaitan yang terkutuk.
Sesungguhnya fitnah dalam hatiku adalah dosa kerana kelalaian hatiku.
Ya allah yang Maha Pemurah, andai kata aku jatuh cinta..
Jadikanlah cintaku ini tulus dan hanya kerana mengharap cinta-Mu.
Agar aku tak seperti ikan yang jenuh akan laut.
Seorang muslim sejati tak pernah kesepian, karena engkau ya Allah lebih dekat daripada urat nadiku.

Ya allah, jika aku jatuh cinta..
Jadikanlah cintaku menjadi bagai bunga yang mendatangkan cinta-Mu dan cinta rasul-Mu.
Ya allah yang maha menatap, engkaulah yang maha menatap segala kesalahanku,
Enkau pula yang maha mengetahui segala isi hatiku, segala kebusukan di hatiku..
Maka, jika terdapat kebusukan dalam diriku walau itu hanya sebiji zarah pun ampunilah diriku.

Ya allah jika cintaku ini suci, maka kuatkanlah.
Jika cintaku ini kotor, maka sucikanlah..
jika cintaku ini buruk, maka perbaikilah..
namun jika cintaku ini bukan kerana mengharap redha dari-Mu, maka jauhkanlah.
Ya allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui akhir kehidupanku..
Jadikanlah akhirku dengan husnul khotimah,
Aku berlindung padamu dari su’ul khotimah.
Aamiiin yaa robbal’aalamiiiin..

::hakikat-persahabatan antara lelaki dn wanita::




Firman Allah : “Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”







Persahabatan Jejaka dan Wanita (“Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”)
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya.

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali.Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit.
Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat.
Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika itu sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!!! (Saling rindu-merindui...)
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasullulah SAW).
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak ia menjadi suamiku. Tapi semua itu aku simpan di dalam hatiku”, Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku?”, tanya Ali. “Tidak kerana pemuda itu adalah engkau”, Jawab Fatimah.
Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa sahaja” termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui....

Sudah terlanjur digosipkan...
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.
Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya. (zaman teknologi kini, melalui SMS)

Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan penjana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.
Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda : “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”
Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyuciaan jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.


Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya...”

[QS. An-Nuur: 31-32]
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dapat dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

sekadar ingin bekongsi (^_^)

::Mulut ringan berjanji, hati berat memungkiri, fikiran kusut janji diikat::

Janji untuk dikota bkn dimungkiri. Janji adalah harapan. Janji boleh mengubah kehidupan. Aku mmg x suke brjanji sbb aku tao diri aku mcmane melainkan kalo aku mmg yakin dgn sesuatu tu br aku berani brjanji ngn org. Bukan ape..aku pernah rase kecewa bile org bejanji ngn aku tp die x tunaikan..ape perasaan org yg mengharap pada janji? Mmg penuh harapan...n aku yakin sgt bukan aku sorang je penah rs perasaan kecewa bile janji dimungkiri..msti ade org laen jgk cume situasi je x same...

Bile kebencian dh menguasai diri, perasaan marah + geram beraja di hati, hati pn x tenang, bile x tenang = kotor..tepakselah kutip segala kebaikan sbb aku pn pernah rapat berkongsi suke tawa ngn dia...xkn aku nk buang die plk...tp tu la kenape la tergamak + smpai hati buat cmtu.. die jgk slalu nasihat aku mcm2..frust nye..kenapela sanggupnye die wat cmtu.. haihh, btl2 kecewa nye.. semoga satu hari nanti die berubah n thanks to 'dia' yg bg aku the gud lesson ni...

::i dont wanna miss a thing::

Suddenly...
"i don't wanna miss a thing"

I could stay awake just to hear you breathing watch you smile while you are sleeping far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender I could stay lost in this moment forever
Well, every moment spent with you is a moment I treasure
I don't wanna close my eyes I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, babe and I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you the sweetest dream will never do
I'd still miss you, babe and I don't wanna miss a thing
Lying close to you feeling your heart beating and I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
And I just wanna stay with you in this moment forever, forever and ever
I don't wanna miss one smile I don't wanna miss one kiss
Well, I just wanna be with you
Right here with you, just like this I just wanna hold you close
Feel your heart so close to mine and stay here in this moment for all the rest of time

::surat chenta untuk dia::

Kehadapan Incik Jodoh...

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah? Aku berharap seperti itu, 











Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..

nantikan aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas...

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu..ingatlah sayang..aku selalu ada untukmu..untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu….

::selamat tinggal::

 
 
 
 
sayu terpisah
hikayat indah kini hanya kini tinggal
sejarah
berhembus angin
rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini bagaikan tiada henti
kau lah
laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari

kau
pergipergi...

sepi tanpa kata, terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apapun kata mereka
biarkan kenangan
berbunga di ranting usia

::i want this::

saye nak ini....i will make sure ill fit into this!!! soon

::R.A.P.U.H:


Kadang2 bile sengsorang buat kite bnyak berfikir..time tu segala ape yg tak penah perasan n telintas sume tak saba2 lalu kt kepala...time tu barula pekataan "OOOoooOOOoo...." otometik kua kt mulut...

Bile sorang2 baru dapat belaja cara menguruskan diri sndiri, sume kene sendiri dh duduk sendiri tp yg tak patot bile menyendiri..kadang2 mmg rase nk bersendiri tp takde la sepanjang masa name pn manusia..aku pn ade jugak perasaan nk beramai2..tp bile dh ramai2 kekadang tao nk pk sonok je...sume tu x kekal..

Hari2 rutin yg same..yg paling tak boleh ubah time pkl 8am - 5pm. tu time keje aku..rutin yg xboleh diubah melaenkan aku stop dr pekerjaan tu..ha start 6pm ke pm pm seterusnye...aaiishhh!!
bukan xnak kua...aku lg suke duduk teperok dlm umah aku yg chomey tu (^_^) aku nk kua, tamo sndiri tp malas...aku suke jenjalan tp melepak kalo kene yg sekepala pn best..tp tu laaaa...

Bile dah sensorang br nmpak sape yg datang sape yg pergi sape yg singgah sape yg pandang..aku ke yg selalu mencari...bile sensorang br nmpak Dia xpnah xtolong aku...saat aku hilang org ni aku ade org ni plak..bile ade org tu buat aku mcm2, Dia datang kn org ni plak..bile sensorang br nmpak.. time kaseh kawan2 aku yg concern... (^_^) 

Tapi aku hanye manusia biasa...susah nk jage sume hati, biar hati sendiri tak terjaga..bile hati sndiri terluka hanya antara aku dan diri aku yg tao..kalo gado pn hanya aku dan hati aku...n yg paling penting bile hati sndiri tak tejage, aku tao nk ubat hati sndiri cmne...kalo hati orang..? susah sangat...kadang2 nmpak die ok tp hati die mane kite tao ape ade dlm kepale die mane kite tao...kan (~_^)

Pastu bile sensorang baru tao, tak semua yg kite miliki adalah milik kite sepenuhnye n kene sedar tak semua ape yg kite suke kite nak kite dapat..

Bile sensorang cmni, bile pandang keliling...bersyukurnya...at least aku masih lagi boleh tersenyum boleh menikmati segala nikmat Allah. Alhamdulillah... (^_^)

::I CAN SMILE TO HIDE THE SADNESS N LAUGH TO HIDE THE TEARS::

Tetibe aku rase sesuatu...sesuatu..? aah sesuatu yg buat aku terase..ntah la..susah laa..aku susah nk marah org..sejak aku masuk uni aku jadi kontra giler ngn prangai aku time skolah dulu..Time skolah dulu kalo aku rs nk ngamok, aku ngamok je..lagi aku kapten game bola baling...mmg aku paling baran..pape sebelum start game msti team aku akn salam mntak maaf dulu kalo tak prform ok time game..sbb mulut aku time mmg dasat...so alhamdulillah mgkin sbb dh besa la kot [besa la sngat] Tuhan kontra kn perangai aku ni smpai betukar 360drjah..smpai time masuk uni org smpai tak penah tengok aku marah..nk masam muke pn jarang...



Aku pn pelik..tp as long mnde tu ke arah kebaikan..shud b okey la kan..heeee~
Tapi papepn aku manusia mmg Allah bg complete sume 7 rasa dunia tu..cuma perasaan marah je susah aku nk tunjuk..bukan ape..org cam aku ni kalo dah marah..ntah aku sndiri tak dapat bygkn camne..sbb tu la aku saba je even hati aku terase ke...

Nak jage semua hati ni payah..kadang2 terpakse korbankn hati sndiri demi nk jage hati org laen..tp kadang2 bile situasi menganggu keadaan tu yg jadi salah paham..betulla cakap org, 10 kebaikan kite buat boleh terpadam oleh 1 kejahatan je..kalo 1 kejahatan tu mengatasi 10 kebaikan tu, x boleh ke yg 1 tu dimaafkan?
Kekadang aku pn tak phm perangai manusia2 ni..lagi la manusia tu dh kenal betahun2, mane nilai pesahabatan tu dorang letak...mulut mmg boleh berkata..becakap ikot suke..sbb mulut tade insuran..kalo mulut ade insuran mmg kaye aku..bnyak aku boleh claim...calim mulut je dah mengalahkan gaji aku 10 tahun...



Bile tibe rase marah aku..biarkan aku marah..sbb aku jarang dapt rase perasaan nih..jarang dapat lepskan marah ni..kalao dah lepas perasaan ni mmg btol2 aku mohon maaf, tu tandanye tahap kesabaran dh berada di luar batasan pemikiran aku sndiri..brlakulah tindakan luar kawalan yg tak terkawal...sbb aku juge manusia..yg juge sentiase dikelilingi oleh syaitan iblis...yg x habis2 menghasut...tolong la ingat aku juge manusia...bukan tunggul..time susah dicari time senang buang..aku pn bukan ubat..time sakit br begantung kt aku, time sihat pndang pn tak...

::KUSUT+geram+MARAH::

Actually ni bukan entri lepas geram..


Ni la kelemahan aku..tngah marah2 msti ade rase sebe salah..tu la yg buat aku benci..waktu duduk2 sambil2 wat keje ni tetibe terfikir, org cakap kalo sesuatu yg boleh mndatangkan penyakit tak kire pape pn harus la dijauhi benda tu...mcamane gayenye kalo org tu buat baik ngn kite tp dlm mase yg same die aniaya kite..tp kite still boleh layan die baik lagi...eee, bebal la namenye tu..aku tanak jadi cmtu dah..org cmni harus dijauhi..bukan xkawan langsung cume jauhkan diri dr die je...walopn dekat cmne pn kene jauh jgk...

Aku dh penat nk jage hati org yg tak penah nk jage hati aku...maaf mmg senang dilafaz, tp perbuatan yg dibuat tu x seringan perkataan maaf tu...saat aku dimalukn pn aku setia n ikhlas lg hati nk bekawan tak kire dgn sape sbb aku fikir manusia tu mmg layak diberi peluang, tp peluang tu dh jadi kesempatan utk kenekan diri insan teraniaya tu...

Salah sndiri mmg slalu xnmpak, tu la gune sahabat untuk menegur..tp bile dh tegur terus masam muke tarik muke..tu nympah tu...haiishh~

::STOP IT PLZ::

"Jodoh, ajal maut, rezeki di tangan Allah."
 
"......Manusia memilih untuk dipilih. Yang memilih rasa terpilih, yang tidak terpilih akan rasa tersisih. Usah menyisih kerana mungkin ada yang tersisih namun masih ada yang ingin memilih. Percayalah, kita terpilih untuk memilih walaupun pilihan yang dipilih bukan yang terbaik, namun yang tersisih dari terpilih mungkin yang sepatutnya kita pilih. Adakah aku pilihan untuk insan yang aku pilih atau cuma terpilih kerana tiada pilihan pada yang memilih. Cuma aku harap pilihan aku adalah untuk yang terpilih yang memilih aku kerana aku dianggapnya yang terpilih......"
 
p.s : If one day smpai sudaa jodoh aku..tayah la korang risao..dah tentu2 aku jempot..so pls tayah la asek tanye.. ["dilla, ko bile nk kawen?"], ["dilla, ko dah kawen blm?"] - tua sangat dah ke umo cm aku ni kalo tak kawen time ni?

::mengapa sombong jika hanya bermula dari setitik air mani:;

Saat emosi terganggu hanya solat dan doa yg mampu merawat jiwe ni...kenape la jiwe ni maken sensitif..aku pn ade perasaan..huhh..malas nk melayan sikap org2 yg sombong n belagak ni..x mndatangkan hasil pn kalo aku layan, kalo dpat dwet best jgk..ni menyakitkan hati..silap2 aku pn jadi mcm die..muke nk belagak..kalo ikot yg belah kiri ni rase nk kutuk org tu bebakol2 tp bile ikot yg kanan, nangis je laaaa...sabar je la..tu je yg mampu n jalan terbaik tanpa memanjangkn keadaan n jadikan keadaan tu makin buruk kan...

Ni entri aku copy dr blog seorang mualaf..sekadar untuk berkongsi...

Berikut ini beberapa koleksi foto yang dirakam oleh jurugambar Sweden bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan foto2 'in vivo embrio' manusia yang dulu dianggap tidak dapat dirakam dan digambarkan secara 'real'.










Benarlah peringatan Allah di dalam Al-Quran (mafhum):
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
[Surah Ghafir: 67]


Seterusnya, Allah berfirman di dalam Surah Al-Alaq ayat ke-2, mafhumnya;
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;


Mengapa manusia (kita) terus sombong pada Allah, dan sesama manusia...inilah asal-usul kita...daripada air mani yang kalau jatuh ke bumi, 'ayam tak patuk, itik tak sudu'... betapa kita ini berasal dari setitis air mani yang hina...