Wednesday 6 November 2013

::my day....my so called WEDDING::

Alhamdulillah

Thats the word yg first keluar dari mulut selepas lafaz aqad di lafas oleh suami. Ya Allah itulah yang masa yang paling ditunggu2.Amin Ya Rabb.semuanya berjalan lancar.seperti yang dirancang di atas kertas dan semestinya yang dirancang oleh Allah swt. sempurna sungguh perancanganNYA dalam menemukan pasangan suami isteri. 

Persahabatan yang bermula selama 2 thn akhirnya bertukar kepada perhubungan yang lebih serius.kata putus diambil seusai lamaran diucap oleh si dia. gembira yang tak dapat diungkap. he's the man.he's my choice.im his choice.mengharapkan keberkatan keluarga,doa yang tidak putus2 akhirnya hubungan ini diikat dengan adat melayu kita "bertunang".From the moment we got engaged I’ve been thinking about this wedding. I just wanted everything to be perfect and was determined not to overlook even the most insignificant detail. But I needn’t have worried, his best man made sure he was there finally i trus memilih tarikh yang mudah diingati dan hari yang penuh bermakna untuk disatukan. 25.10.2013 sehari sebelum usia menginjak 28tahun untuk bergelar isteri.

Hadiah harijadi yang paling bermakna dalam hidup.... menjadi seorang isteri.suri di hati suami.



would like to thank both my ayah and mak for all their love, support and guidance throughout my life. You have been the best parents a girl could wish for. I would not be where I am today if it wasn’t for your encouragement. You have shown me the love and commitment involved in a marriage. I didn’t settle for anything less than true love because of your example. I knew what to look for and I waited for it … and waited, and waited.omagad..im started to cry again....



DOA SEORANG ISTRI SHOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

No comments:

Post a Comment