Wednesday 20 November 2013

::baby #affdi is now 6 weeks::


Saiz embrio sebesar kacang lentil dalam minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat bukaan-bukaan di mana lubang hidung akan berada, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. 

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih jelas sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut seminit - dua kali ganda kadar denyutan anda. 

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat merasa sensasi daripada sesi-sesi senamannya ini. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi dalam kandungan. 

Pusat sumber kehamilan awal kami akan membimbing anda untuk melalui minggu-minggu pertama kehamilan. 


http://www.babycenter.com.my/a1044227/perkembangan-fetus---hamil-6-minggu#ixzz2lALEpFVS


*semoga Allah swt memberikan kesihatan yang berpanjangan sehinggalah dia dapat melihat dunia.Amin Ya Rabb**

No comments:

Post a Comment