Wednesday 27 November 2013

::baby #affdi 7weeks::

Assalamualaikum.... 

baby Affdi hopefully u r safe & healthy there. Amin Ya Rabb




Sekarang panjang embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji kacang kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 

Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tidak dapat menahan muntah kerana mengalami mabuk hamil yang diakibatkan sebahagiannya oleh hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Ini disebabkan oleh uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda. Hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. 

Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. 


http://www.babycenter.com.my/a1044230/perkembangan-fetus---hamil-7-minggu#ixzz2loWgjGGI

No comments:

Post a Comment