Friday 15 November 2013

::Bunting Pelamin::

Assalamualaikum silent readers..

ok 1st thing 1st kenapa bunting pelamin..ape kene mengena dengan i?sape yang bunting pelamin nih?????
banyak soalan yang perlukan jawapan.ok today dah genap 3weeks i berkahwin.few days back badan i memang la teramat lemahnye.mcm ape jek.tak larat nak buat ape2.tp i gagahkan diri jugak masak untuk hubby.prepared breakfast die every morning.cooked for dinner. super sayya dah rase terkejar2 setiap pagi  n balik keje. semata2 untuk mencari pahala bersama suami.hehehe.suka tgk die makan air tangan kite.tanya sedap tak? jawapan die "bolehla.tak tau plak awak ade skill memasak".ha kannnnn uols. bangga diri sekejap.

so minggu ke3 lepas berumah tangga i rase badan sakit2.lemah.nak demam.paling worst semalam.sampai hubby dtg panjat ofis anta panadol 2 biji utk i. so balik keje singgah rumah MIL pekena laksa.memang terbaik. balik around 10pm.lepas mandi trus bgtaw hubby tak larat.nak tdo awal.i bangun pagi tadi 530am mcm tuh trus decide nak wat upt (urine pregnancy test). terkejut jugak la..ternganga dalam bilik air kelip2 mata banyak kali.basuh muka byk kali tgk2 appear 2 line merah tuh.(double line) but blurry sket. nak cuak pun ade,nak happy pun ade.confuse iols!!!!

kejutkan hubby memang hampeh gayanye.besarkan tdo.pas die bangun exact time die kul 615am tuh baru la dok tanye mcm2.oh my hubby.

so i simpan la result upt tuh.time lunch hour tadi i try wat upt again.for clear result.i mean the clear red line.so the result is. gosh memang sgt terang....i senyum je la kat hubby. but i tek pegi jumpe doc lagi.plan nak pegi jumpe doc awal bulan depan,after our 2nd honeymoon end of this month.huhuhuuhhu.so ikut pengalaman my SIL n my sister2 yang ade kat ofis ni doc akan kire from the 1st day of last period.

1st day of last period : 10/10/2013 0- 17/10/2013 ( 7 days)
nikah & wedding : 25/10/2013 & 26/10/2013
so my fertility forecast :25/10/2013-31/10/2013 (time tuh memang straight away hoenymoon ke Krabi)
so kalau i kire dari i nikah which 25/10/2013 tu i dah 3 weeks la but what if doc kire dari 1st day of last period maknenya i dah 5 weeks.

so i tak berani nak wat conclusion sendiri sampailah i jumpe doc n biar doc yang sahkan.cuma tanda2 awal kehamilan tuh memang ade.based on my reading thru books n internet. rezeki awal.Alhamdullillah. i n hubby akan jaga amanah Allah swt ini sebaik mungkin.

Adakah anda bersedia? Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil minuman keras, tidak merokok atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual tanpa preskripsi - agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk menghasilkan bayi. 

Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi dan juga bila sperma mensenyawakan telur anda, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara 'rasmi' minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya. 

Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur. 

Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur. 

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku. 

Setelah hamil, anda mula meragui pelbagai perkara: makanan apakah yang selamat, adakah mandi berendam air panas okeyadakah telefon bimbit selamat digunakanadakah durian selamat untuk dimakan? Rujuklah bahagian Kebimbangan kami dan dapatkan jawapan-jawapan yang pasti menenangkan. 

  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


Gumpalan sel yang kini bergelar embrio sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji popi. Ia dibahagikan kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah sisi kepalanya terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi. 

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan tumbuh - terbentuk dalam lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan permulaan sistem urinari. Sementara itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi. 

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan di rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang hamil. Lihatlah kalkulator tarikh jangka lahir kami untuk mengetahui bilakah bayi anda akan lahir. 

Sesudah anda mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor dan membuat temu janjiPenjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah salah satu cara yang terbaik untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. 



No comments:

Post a Comment