Friday 28 February 2014

::Half way to go!!!!::

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam pegi checkup dekat Klinik O&G  everythings ok. Perkembangan lilaffdi yg baik. good my dear.checkup semalam lilaffdi dah 19w6d. so today lilaffdi lilaffdi is 20w. 20w to go.a bit nervous.hopefully semuanya sihat.n baik2 aje until delivery date.



Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran. 

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang minggu ke-37 kehamilan kerana pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan kelahiran boleh bermula bila-bila masa. 


http://www.babycenter.com.my/a1044273/perkembangan-fetus---hamil-20-minggu#ixzz2uaJgQYRo

No comments:

Post a Comment