Thursday 6 February 2014

::baby lil affdi 17weeks::

assalammualaikum

pejam celik pejam celik dah 17weeks anak mama kat dalam perut mama ni. feeling sumthing that i really2 love.masih tertunggu2 her/his first move.. maybe ade terasa tp xtaw nak cakap.sbb ni 1st baby.ape2 pun bersyukur sgt2 n can't wait for the moment.rase lengkap hidup kalau anak mama dah kuwa...kannn melampau baru 4bulan.hikhikhik

to u lil affdi plz plz plz be good.stay healthy.mama will get u a good food for u.that my promise.to keep u healthy.be good in there.kalau nak main cak2 ngn mama bg la hint dulu. ni tak tanjat mama taw.heheheh

love u syg #lil affdi. end of this month kite scan ok!! n jumpe doctor.



Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau mengujakan daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut bertumit rendah. 

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua. 

Sekiranya anda belum lagi membuat ujian amniosentesis dan bercadang untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui imbasan ultrabunyi yang digunakan dalam prosedur ini. 



No comments:

Post a Comment