“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
from: http://akuislam.com/blog/renungan/diatas-hamparan-sejadah-istikarah-cinta/#ixzz2I7ah12qC
Wednesday, 16 January 2013
::untuk Dia::
Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua
sharing is caring
dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/tolong-beritahu-jodohku/#ixzz2I7ZTfq5L
Dya warded!!!!
kepenatan mengadap akb aka closing account for year end memang la wat i flet.lemah 1 badan kejar sane sini juz untuk settel everything.but alhamdulillah i manage to finish all the pending works juz in the right time... yang tak bestnye plak my beautiful dya ardini warded lepas deman almost a weeks... luluh jantung i.tu baru jantung i jantung my brother n my SIL xtaw la macam mane agaknye. yg kesiannye mane nak jage dya mane nak jage inas n my SIL plak preggy.mane nak bwk perot lg.haaaa so terpaksa la weols (makngah,atok,opah) ke sane untuk jage dya.so on Sunday tu i jage la.teman la dya.die pun ok je main note...main tab.tgk upin ipin.rancak jugaklah.tp tgk die nangis tggu ayah n ibu die sampai makngah pun nak nanges same!!!! doctor plak suspect she got talesmia...tp kene la buat mcm2 ujian before nak taw dya ade talesmia ke x....hopefully minx di elak..x smp ati i tgk dya. 1 bag 300cc tu jugaklah refill darah die after she lost almost half dari dalam badan die..xpela kakak.makngah taw u r strong...n u r good girl...
love u till jannah ye kakak!!!!!!
love u till jannah ye kakak!!!!!!
![]() |
| mase ni almost 300cc blood transfer to dya |
![]() |
| sgt style makan chipsmore |
![]() |
| kakak dah wangi...dah mandi |
![]() |
| dya ardinie |
Thursday, 20 December 2012
::Umrah::
UMRAH TAKRIF DAN PENSYARIATANNYA
Makna Umrah.
Umrah dari sudut bahasa ialah ziarah. Apabila dkatakan; Si fulan melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah. Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Beza Di Antara Haji dan Umrah
Haji berbeza dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum. Dari sudut masa haji ditentukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah, masa melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tidak ada.. Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting sahaja. Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama' terhadap kewajipan menunaikan haji, manakala umrah, para ulama' berselisih pendapat tentang kewajipannya.

Masa Disyariatkan
Mungkin pendapat yang paling kuat mengenai bilakah haji dan umrah mula disyariatkan ialah tahun kesembilan hijrah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh as-Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim):
Nabi s.a.w. bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al- Qais yang datang menemui Baginda s.a.w. pada awal tahun kesembilan hijrah. Mereka bertanyakan tentang perintah- perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda menjawab:
"Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada rampasan perang".

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Insyaallah rezeki ayah n mak pegi umrah Mei 2013...Amin
niat memang aku nak join pegi tapi mase tu rasenye kewangan tak mengizinkan.kalau la ade duit aku dah masuk time tuh memang aku nak pegi sane.ya Allah semoga ayah n mak sihat untuk pergi ke rumah Allah swt. Semoga Tuhan mudahkan segalanya untuk ayah dan mak
Wednesday, 5 December 2012
::AFF SUZUKI CUP 2012::
selamat sore....eceh...curlass tajok ptg ni nak cerita pasal bola la plak.bukan ape semenjak aku taw pegi stadium tgk bola ni aura nak menyokong tu memang kuat sgt la.memang rs teruja sgt.sbbnye aku dapat peluang duduk dekat area ultras malaya......fuhhhh sumpahla wey aura die mmg kuat sgt....
Harimau Malaya kembali bangkit selepas dikritik hebat ekoran kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 apabila membaham Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Kemenangan ini kembali menghidupkan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir namun perlu menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan B pada Sabtu ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal
melakukan sedikit rombakan dengan menurunkan Farizal Marlias selaku penjaga
gawang selepas Khairul Fahmi sebabnye gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan pertama
lalu. Adill Zafuan dan Fadhli Shas terus bergandingan di bahagian pertahanan
tengah sementara Azmi Muslim pula beraksi di posisi bek kiri dan Mahali Jasuli
mengisi posisi bek kanan mengantikan Bunyamin Umar.
Bahagiang tengah pula dikuasai oleh Safiq Rahim
yang bertindak selaku attacking midfielder manakala Shakir Shaari
mengambil alih tugas defensive midfielder daripada Amar Rohaidan. Wan
Zack Haikal pula diturunkan mengantikan Khyrill Muhymeen selaku sayap kanan dan
S. Kunalan kekal selaku pemain sayap kiri. Norshahrul Idlan pula kekal
selaku advance foward bergandingan dengan Safee Sali selaku
targetman.
overall for first eleven mmg kene kekal kan Wan Zack Haikal ngn Mahali Jasuli supaya org2 mcm drg la yg akan wat score selain supersub Azamuddin Akil yg hanye menunggu masa masuk menggantikan Safee Sali.
untuk goalkeeper pada saya beri semula kepercayaan pada KFCM (papex atau khairul fahmi cik mat) atau beri peluang sama rata bagi apek atau FM (Faizal Marlias) untuk wat comeback dgn cara mereka sendiri...
saya penyokong tegar HARIMAU MALAYA....
selamanyaharimaumalaya!!!!!
![]() |
| line up Harimau Malaya |
Tuesday, 27 November 2012
::Adam & Hawa::
aku pun mcm kaum wanita yg lain2 gak yg terkesima tgk cite Adam & Hawa ni.sebabnye..................... Aaron kot.tp aku x,aku jatuh hati sbb style Aaron act in this drama.klu actor lain maybe dgn cara drg sendiri.Am aka Adam ni selalu klua dialog2 yg spontanious yg akan wat aku sengih manjang tgk cite ni kannnn.....bukan aku je termasuklah akak2 kt opis ni.pagi2 dtg ofis cite sal Adam& Hawa ni...penangan hebat ni....
Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Ain pasrah pada takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki lain yang akan menemaninya selain Adam.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)