Wednesday 5 December 2012

::AFF SUZUKI CUP 2012::

selamat sore....eceh...curlass tajok ptg ni nak cerita pasal bola la plak.bukan ape semenjak aku taw pegi stadium tgk  bola ni aura nak menyokong tu memang kuat sgt la.memang rs teruja sgt.sbbnye aku dapat peluang duduk dekat area ultras malaya......fuhhhh sumpahla wey aura die mmg kuat sgt....

Harimau Malaya kembali bangkit selepas dikritik hebat ekoran kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 apabila membaham Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Kemenangan ini kembali menghidupkan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir namun perlu menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan B pada Sabtu ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal melakukan sedikit rombakan dengan menurunkan Farizal Marlias selaku penjaga gawang selepas Khairul Fahmi sebabnye gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan pertama lalu. Adill Zafuan dan Fadhli Shas terus bergandingan di bahagian pertahanan tengah sementara Azmi Muslim pula beraksi di posisi bek kiri dan Mahali Jasuli mengisi posisi bek kanan mengantikan Bunyamin Umar.

Bahagiang tengah pula dikuasai oleh Safiq Rahim yang bertindak selaku attacking midfielder manakala Shakir Shaari mengambil alih tugas defensive midfielder daripada Amar Rohaidan. Wan Zack Haikal pula diturunkan mengantikan Khyrill Muhymeen selaku sayap kanan dan S. Kunalan kekal selaku pemain sayap kiri. Norshahrul Idlan pula kekal selaku advance foward bergandingan dengan Safee Sali selaku targetman.
 
overall for first eleven mmg kene kekal kan Wan Zack Haikal ngn Mahali Jasuli supaya org2 mcm drg la yg akan wat score selain supersub Azamuddin Akil yg hanye menunggu masa masuk menggantikan Safee Sali.
 
untuk goalkeeper pada saya beri semula kepercayaan pada KFCM (papex atau khairul fahmi cik mat) atau beri peluang sama rata bagi apek atau FM (Faizal Marlias) untuk wat comeback dgn cara mereka sendiri...
 
saya penyokong tegar HARIMAU MALAYA....
 
selamanyaharimaumalaya!!!!!
 
line up  Harimau Malaya


 
 
 
mase ni aku kat belakan banner besar tuh..kat situlah all utrasmalaya berkumpul






 

No comments:

Post a Comment