Wednesday 1 July 2015

:: Ramadhan 1436H::

13 Ramadhan 1436H

Sedihnye i nak cite.this year puasa i dapat puasa 1day je...

Alkisahnye..mmg mula2 i excited masok Ramadhan.harapan untuk puasa sebulan nampaknya tinggal angan-angan.sebabnye 1st day ramadhan tu i dah lembik biok org perak ckp.hihiih.plus i still pump susu untuk Affan.dahlah pump pastu puasa die punye angin sampai i muntah2 mmg flet trus 1st day.i mmg ade gastric.tp before ni dok bujang.makan sahur jadi daging jadi lemak.ni makan sahur minum air jadi susu.yg tinggal hanyalah lemak tepu dalam badan yg mmg degil nak mati utk disingkirkan.hahahhahha.so back to the story....biasa i akan dapat 4 bottles for daily stock.tp hari tuh i just dpt 2bottles. I dah cuak.sbb stock frozen EBM Affan for December memang dah out.nak tak nak i terpaksa guna stock frozen EBM Januari.discuss dengan hubby die pun suggest untuk guna stock.i ckplah kalau i guna stock i mmg tak mampu nak topup if i puasa.kalau jadi pape kat i ....sian anakla.i dengan hubby pon menggoogle la n bertanya pada org alim ulamak situasi i ni.akhirnye jawapan yg terbaik adalah untuk tidak meneruskan puasa demi anak.oh anak!!!! ni lah pengorbanan ummi padamu.

Allah SWT berfirman :

Dan bagi orang-orang yang tidak sanggup melakukannya(puasa), maka ia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin”.  ( Al-Baqarah : 184 )

Sekadar catatan tambahan untuk pengetahuan kita semua, ada 6 golongan yang mendapat rukhsah puasa:
1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. (Kalau balik kampung driving, lepas tu letih sangat rasa nak pengsan, diberi kelonggaran berbuka. Jarak mestilah melebihi 1 marhalah atau 84km)
2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

Berbeza dengan bulan-bulan yang lain Ramadhan ni memang terlalu baaaaanyaaakkkk kelebihan.so agak sedeyla i xdpt join mencari barakah bulan mulia ni.next entri i akan cite aktiviti i sepanjang ramadhan...till then xoxo

No comments:

Post a Comment