Friday 16 May 2014

::lilaffdi is 31weeks::

Lengan, kaki dan badan bayi dalam kandungan anda terus membesar - dan akhirnya sepadan dengan saiz kepalanya. Beratnya lebih kurang 1.5kg dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 41sm dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak segiat dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda boleh rasa dia mengeliat-ngeliat, anda tahu dia sihat. Tapi percayalah, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Berat badannya dijangka bertambah sekurang-kurangnya 900g lagi sebelum dia dilahirkan

Organ bayi anda terus matang dan dia membuang air kecil melalui pundi kencingnya. Ini adalah persediaan yang baik untuk melatih dia membuang air selepas lahir. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diinginkan oleh bayi anda - imbasan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Berat badan anda mungkin telah meningkat berat sebanyak 1.3kg hingga 1.8kg pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik sehingga 460g seminggu semasa trimester terakhir kerana bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 






No comments:

Post a Comment