Friday 20 December 2013

baby #affdi is 10weeks

Assalamualaikum

Syukur Ya Allah kerana memberikan kesihatan kepadaku dan anakku. Semoga dia membesar dengan sihat sehinggalah tiba waktu dia melihat duniamu ya Allah.



Fetus anda hanya sepanjang 3sm dari hujung kepala ke punggung dan beratnya kurang daripada 4g. Namun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang keseluruhan badan. Dahi terbonjol buat sementara dan terletak tinggi di kepala, tetapi ia kemudian akan bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka tulang belakang. Saraf-saraf menjalar keluar daripada saraf tunjang. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler iaitu stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu pranatal dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut. 

http://www.babycenter.com.my/a1044240/perkembangan-fetus---hamil-10-minggu#ixzz2o0Vi5ttV

No comments:

Post a Comment