Monday 2 September 2013

::Kesedihan melampau::

kenape ade gambar yayaw ni!!!!

gemuk nye yayaw dalam gambar ni.apsal i upload???huhuhu i cam yayaw ni ke ha??ok lemak kat perut die geram rase nak cubit2 je!!!!!

ok la i nak cite pasal lemak...macam harem je tajuk kan......

Perkataan lemak seringkali digeruni oleh ramai orang terutamanya bagi kaum wanita. Lemak pada dasarnya adalah perkataan yang sering ingin dijauhi bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan. Tapi, adakah kita tahu apakah fungsi lemak, atau apa sebenarnya definisi dan kandungi lemak ini.
 

Selalu kita mendengar perihal lemak tepu atau lemak tidak tepu. Dapatkah kita membezakan diantara kedua-dua jenis lemak ini?

Sumber kandungan lemak tepu adalah datangnya dari kebanyakkan sumber haiwan dan segelintir sumber tumbuhan seperti santan atau minyak kelapa sawit. Lemak tidak tepu pula adalah datangnya dari sumber tumbuhan. Ianya lembut atau cair walau dalam keadaan bersuhu sejuk. 


Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.


Pada kali ini, kita akan membincangkan berkenaan tentang lemak tepu. Kajian menunjukkan  bahawa kaum lelaki harus makan tidak lebih daripada 30g lemak tepu sehari, manakala kaum wanita secara purata boleh makan tidak lebih daripada 20g lemak tepu sehari. Kajian lain pula mendapati lemak tepu boleh diambil lebih kurang 7 peratus daripada jumlah kalori harian. Bagi saya ianya haruslah tidak melebihi kalori harian dan elakkan atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu ini.


Akan tetapi, jika dilihat tren pada masa kini, kebanyakan kita makan terlalu banyak lemak tepu. Hampir lebih kurang  20 peratus lebih daripada jumlah maksimum yang disyorkan.


Kesan sampingan?

Makanan yang mengandungi lemak tepu akan meningkatkan tahap kolesterol didalam darah anda. Jika ianya berlaku, peningkatan tersebut boleh menyebabkan penyakit yang digeruni oleh ramai orang iaitu penyakit jantung dan strok. Bahaya bukan? Oleh itu, marilah bersama-sama menjaga kesihatan kita dan tahu agar bagaimana menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian.

Tips mudah mengelakkan makanan yang mengandungi lemak tepu:
• Menggantikan makanan yang tinggi nilai lemak tepu dengan makanan yang mengandungi lemak monotaktepu dan / atau politaktepu.
• Menggantikan minyak sayuran atau minyak zaiton dalam masakan
• Elakkan makan berproses dan beku
• Kurangkan makan daging merah
• Menambah supplemen omega-3

i memang cuak tgk bab2 gemuk.puas diet a month trun 4kg je.gigih wat simple exercise kat bilik after work hasilnya ala kadar je noks.aiyooo ive got only left 1month plus before the big day.really2 stress..eh stress pun leh wat berat badan tambah kan...takmoooooooooooo stress. chill dill!!!! 

HELP!!!!!!!!!!!



saat ni mulala i meggunakan khidmat cik google.bff tercinta untuk menggoogle fakta2 or info2 yg berguna untuk i menyelesaikan masalah i yg rumit ni. soooo the result is kevinzahari.com.

peha membesar bagai johan!!!!!
next story kite stori mori pasal cara-cara nak berdiet ok!!!! you go girl!!!! uols tak nak support i ke?????????? 

lately pakai skirt untuk kelihatan lebih sopan...choii sgt alasan mu itu dill.itu cuma tectic murahan n dolu2 untuk taknak nampak bentuk badan yang dah makin besar bagai johan

2 comments: