Friday 19 July 2013

::KETABAHAN WANITA UJIAN PALING HEBAT DARI ALLAH SWT::

ok salam jumaat..

pagi ni i berjubah.for 1st time ever in life.ini la kali pertama i berjubah ke tempat kerja. senteng sket tapi takpe sgt selesa.kain cotton yg tak panas langsung.harga sgt munasabah musim perayaan ni RM50 je kat Jalan TAR.

oklah i bukan nak cite sal baju tapi nak cerita pasal gosip terbaru dan panas. pelakon lelaki Ashraf Muslim berkahwin untuk kali ke 2 di Thailand. Ape yang mampu i revise kat sini yg isteri adalah sgt2 tabah.perlukan kesabaran tahap maksima. semoga Allah swt beri Dayana(1st wife Ashraf Muslim) ketabahan yg kuat.kesabaran yang menggunung mengharungi ujian ya amat hebat ni. jujur if i kat tempat die hanya airmata yang akan jadi teman akrab dan memori bersama si suami yg menjadi penguat dan ubat i.mungkin boleh berkata2 tanpa merasa...tapi hati wanita hanya wanita yang memahami.

hati i diragut rase sedih yg amat sgt bila terbaca puisi si isteri kepada suami. MasyaAllah hanya Tuhan yang tahu ape yg si isteri lalui. journey & fate yg Allah swt create adalah atas kehendaknya. si isteri hanya perlu menanti pelangi sebagai hadiah kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Allah swt itu Maha Adil & Maha Mengetahui. Alhamdulillah adalah ungkapan terbaik buat masa ni kerana sang pencipta sedang memilih anda untuk diuji.tandanya sang pencipta terlalu menyayangi anda. Amin Ya Rabbal Alamin.Moga ini kita jadikan teladan.terlalu payah untuk diungkap sbb kite tak merasainya seperti si isteri. Sabar wahai wanita.tempat mu di syurga Allah kelak.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah 
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan 
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu 
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah 
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia 
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. 
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

No comments:

Post a Comment