Dah ada dua GF, tapi menggatal lagi
Bila
korang tegur “weh ko kan da ada awek, takkan nak pasang lagi” dia
siap cakap “ala boleh jadi yang ketiga” caihh! lepas tu kalau bab kawen
mula lah cakap pasal sunnah nabi kan, padahal dia sendiri pun tak mampu
nak tanggung bini-bini dia. Bini dia yang tanggung dia. Sebab tu lah
pasang sampai 4. Supaya menambah keyakinan dia disara bini-bini 4
orang. apa ke nama laki macam ni.
Dia je lah yang betul!
Geng
ni mensakitkan hati dan naluri aku. Memang dia je lah yang betul.. Kau
bagi lah hadith ke, apa2 bukti kukuh yang korang betul. takde takde
dia tetap betul. Korang mana pernah betul. Kalau korang share status
kat profile FB korang, ada je lah muka dia sekali nak comment, comment
bajet macam betul pulak tu..dia keluar ayat sastera, padahal korang
lagi tahu diri korang daripada dia. sakit hati kan?
Kuat mengutuk
Bab
kutuk dia lah no 1. nak kutuuuuk je keje dia. perempuan ke lelaki ke..
semua dia tibai. ni pun sebenarnya ketegeri bajet hebat jugak..tp 20%
lagi teruk. Kadang2 dia kutuk lelaki lain depan korang macam konon dia
tu macho gila lah.
Merendah2 kan korang
Korang
bertungkus lumus kerja..korang mungkin software engineer kat pejabat
korang. Dia cakap korang tahap2 kerani je. Lepas tu dalam bab memberi
informasi dia selalu ingat korang tak tau apa2.
Poyo
Geli
aku kalau dah poyo sangat. kalau bab dressing, erkk kuasa dua nak
muntah dengan ray -ban tak macam ray-ban. dengan kolar baju
terangat..jalan terhencot2. kalau bercakap pun cover hensem.. cool dude
cool….
Blur
kalau
blur sangat pun susah. Dia nak buat apa pun dia tak tau. nak pegi mana
pun dia tak tau. kalau keluar makan, nak makan apa pun tak tau. dah tu
semua nya tak tau. BOSAN.
Jangan risau, dia susah nanti dia cari korang
tapi kalau korang susah, korang nak cari dia pun tak tau kat mana nak cari.
Berkepit je keje
Kadang2 korang rasa geram, macam lah korang gantung handphone kat leher. SMS= WAJIB BALAS! CALL= WAJIB ANGKAT!
ko tengok, wajib tu. berdosa
besar tak buat. suka suka hati je. hadui! susah lah macam ni. mau 4
hari merajuk kalau tak balas. tu belum masuk bab korang tak balas ‘i
love u toooo’ mau dia hantar sms ugutan nak tinggal korang atau buat
ayat sedih 5 harakat. Kadang2 kalau manja sangat, si GF rasa macam dia
pulak BF.
Syok sendiri
Kalau
call dia cerita pasal diri dia je. Korang memang takde chance nak
bercakap. Kiranya kalau geng macam ni call korang, korang boleh letak
phone bawah bantal.. atau buaat loud speaker pastu korang pegi lah
memasak, tengok tv. pastu korang datang balik.. dengar dia tak habis
cakap lagi.
Tak faham2 bahasa
Korang
taknak kawan dengan dia..atas sebab2 tertentu..mungkin gabungan
faktor2 di atas tapi dia naaaak sangat. korang taknak lah bagitau the
truth macam ‘kitew sebenarnyew tak sukew kawan dengan awaq’ tapi korang
takut dia kecik hati pegi bunuh diri, atau pegi santau korang. Jadi
korang tak layan sms dia, call dia. tapi dengan tanpa kemaluan dia
sungguh tidak malu siap mintak alamat rumah korang nak datang beraya
nanti katanya. dah berbulan tak pernah layan pun dia masih tanpa segan
silu kental jiwa dan raga nak berkawan katanya. susah.
Belagak alim
Selepas
dia banyak baca kat belog2 ataupun comment artis2 nak suami yang
BERIMAN. semenjak tu lah dia sungguh beriman..tapi beriman mulut je. Dia
sembahyang..tapi sembahyang jumaat je lah.. tu pun kalau dia rasa
rajin..
Panas baran
Risau aku dapat laki panas baran. satni dia bagi pelempang. terbang aku.
rasa2 dia ni ketegeri mana?
Nota kaki : sama je untuk perempuan pun. tukar je lah perkataan lelaki to perempuan. hehe
No comments:
Post a Comment