UMRAH TAKRIF DAN PENSYARIATANNYA
Makna Umrah.
Umrah dari sudut bahasa ialah
ziarah. Apabila dkatakan; Si fulan melakukan umrah, maksudnya melakukan ziarah.
Atau maksudnya, pergi ke tempat yang dimakmurkan. Dari sudut syarak bermaksud
pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah
tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Beza Di Antara Haji dan Umrah
Haji berbeza
dengan umrah dari sudut masa dan beberapa hukum. Dari sudut masa haji ditentukan
pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah
niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah
dan sepuluh pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah, masa melakukannya ialah
sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat
melakukannya. Dari sudut hukum, haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di
Muzdalifah dan Mina dan melontar Jamrah. Di dalam umrah, semua ini tidak ada..
Ia hanyalah: Niat, tawaf, melakukan sa’ ie dan bercukur ataupun bergunting
sahaja. Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama' terhadap kewajipan menunaikan
haji, manakala umrah, para ulama' berselisih pendapat tentang kewajipannya.
Masa Disyariatkan
Mungkin pendapat yang
paling kuat mengenai bilakah haji dan umrah mula disyariatkan ialah tahun
kesembilan hijrah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh as-Syaikhan (Al
Bukhari dan Muslim):
Nabi s.a.w. bersabda kepada delegasi kabilah Abdu al-
Qais yang datang menemui Baginda s.a.w. pada awal tahun kesembilan hijrah.
Mereka bertanyakan tentang perintah- perintah yang wajib mereka patuhi. Baginda
menjawab:
"Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan menyerahkan seperlima daripada
rampasan perang".
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Insyaallah rezeki ayah n mak pegi umrah Mei 2013...Amin
niat memang aku nak join pegi tapi mase tu rasenye kewangan tak mengizinkan.kalau la ade duit aku dah masuk time tuh memang aku nak pegi sane.ya Allah semoga ayah n mak sihat untuk pergi ke rumah Allah swt. Semoga Tuhan mudahkan segalanya untuk ayah dan mak