Monday, 4 June 2012

::Mr/Miss June::

+june june plzzzz be gud to me!!!!!!!!!+
+di ofis.start working with a lot of paper work to submit+
+purchasing & payment stuff+
+June plz help me with the gud things+

Friday, 1 June 2012

::bersyukur::

assalamualaikum,

bismillahirrahmanirahim....

pendek tapi padat n sopan.perghhhhh mukadimah pagi ni.Jun2012 for the 1st time after 2 years working aku decide masuk WP1 (7.30pagi)...pagi ni bangun tgk notification!!! fb ngn email. bile ade blog ni tgk la skali kt hp ku yg canggih manggeh ni kan!!! sume notification suam2 kuku!!! bangun 545am.mandi.siap.lately suke pakai eyeshadow menghelit2 gitu!!! tah suke melawo sejak kebelakangan ni.

mcm biase bgn pagi jemaat ni udah terpekey nak ke mane lunch time ni.incik abg koje ptg.cnfirm2 pas jemaat baru sampainye.semlm die dah call bgtaw pagi ni nak membongkang lame sket.so itu memo arahan supaya xkacau die pagi2 ni.sekian!!! harap maklum!!

pas mandi td dpt msg dr bos kecik ku Pn Norbazura.bos kecik yg paling sporting tahap G la weyh.boleh kaw tim +gossip gile2 punye.suke die!!! "salam,beb akak EL.demam" best kan ayat boss kt aku.aku reply "note! get well soon bos"

so aku bersiap mcm biase.memilih untuk persalinan warna hijau turqoise!!! tah kenape dah byk baju aku kaler ni.maybe fall in love at the first sight kot ngn kaler ni.done 6.50am aku kuwa umah.bawak kete slow2!!! berangan and 1 signal kuwa "kelip2 je gambo tank minyak kete aku" dari nak berangan bawak kete all the way to ofis dah terpaksa buat pit stop kat bank nak cucuk duit isi minyak kat shell.2 tempat pit stop. tp sempat gak sampai ofis 7.20am!!! go dil!!!

pasni aku kene tune balik waktu tidur ngn bangun sbb dah masuk WP1.hopefully aku boleh biasekan time baru nak bgn pagi2. ermmm tajok entri kali ni bersyukur!!! name pun manusia.dugaan,godaan,nafsu sume tu akan membuatkan kite x taw erti bersyukur!!

ramai je kat ofis ni merungut.even small matter!! termasuk aku!!! merungut dan itu termasuk kategori tak taw erti bersukur!!! maka Tuhan sket2 uji hambaNya. ujian kecik sampaila ke besOr. mungkin aku Tuhan dah pilih sbb tak taw erti bersyukur. dugaan dari kecik sampai besOr. Tuhan uji aku kaw2 dalam kehidupan,family,percintaan.perghh sakit btol sume bende tuh... sume  tu skang ni sket2 dah wat aku taw erti bersyukur dan yang paling penting KUAT!!!!!!! (sila bold n besarkan perkataan tu)

maybe org yang merungut ni x penah lagi kene mcm mane aku kene.x semua org mcm aku!!!! xsemua kuat mcm aku!!! setiap org berbeza!!! jgn tanya ape dugaan aku!!! sbbnye Tuhan plan sgt baik untuk aku n sume yg DIA plan tu DIA tahu ape tahap kemampuan aku!!! so Tuhan suruh aku byk bersyukur n dekatkan diri dengan die.aku cube jd seminima yg boleh untuk DIA!!! bukan yang terbaik!!!

pada yang still ade ayah/mak bersyukurlah
pada yang ade suami/isteri bersyukurlah
pada yang ade duit byk2 tu bersyukurlah
pada yang ade keje tetap tu bersyukurlah
pada yang ade anak tu bersyukurlah
pada yang dah ade tunang tu bersyukurlah
pada yang ade bf tu bersyukurlah
pada yang dah kawen/nak kawen tu bersyukurlah

sebab aku xsemua bende kat atas tu aku ade...tp aku tetap bersyukur sbb Tuhan pilih aku untuk diuji.maknanye die alert sangat ape aku wat.Tq Allah swt sebab pandang dan igt saye!!! saye akan igt DIA mcm mane DIA igt saye!!!! bersyukur!!!!!

*jom bekpes nasi lemak motor dekat medan selera*


Monday, 28 May 2012

::tade tajok

Bismillahirrahmanirrahim.....

tah knp ari ni mcm nak serious je.masuk ofis pun wat muka ketat.tp tu bukan niat sebenar.maybe mood berubah2. or PMS..tapi aku jarang marah2 bile PMS.ermmm mmg aku PMS pun ari ni.
asal weekend je aku mengamuk ngn die.tah la,maybe habit aku cari pasal dgn die kot. dari dulu lagi.lupekan cerita "tentang dia"

sabtu ari tuh aku ke kuantan.my sis in law punye sister wedding.dah lame x g kuantan.first time g time abg ku tunang,nikah ngn kawen pun x dapat g sbb xdpt cuti.mase tu kerja kontrak lagi dekat Affin Bank. pas tu pegi masa inas dalam pantang.n this time kali ke 3 aku g kuantan.x abis jelajah lagi. mase 2nd time g dapatlah merasa g teluk cempedak.best jugak jalan2.kat tepi pantai ade mc d.syok gile.different situation!!! rather than kl.mc d di setiap stesyen minyak.crowded.even dkt pantai ramai org tapi still boleh jalan2 lagi sbb kawasan luas.makan kat mc d shell,mc d petronas takkan nak duduk tepi jalan kan.bau minyak lagi.kereta keluar masuk lagi.hehehe. so ape aku leh ckp mc d kene ade dkt setiap pantai.baru best.baru rase different feel,mcm dkt hawaii ke.beverly hills ke.kan syok... KL is too crowd for me.bukan x suke.tp warga kota dah terlampau ramai so crowdednye lain mcm.



so sesampainya aku dgn ayah ngn mak kat Kuantan aku terus rehat.travel almost 3 hours patah pinggang rasenye.tp berbaloi sbb dpt jumpe 2cute little ladies in tha house.

tahun depan bile mak ngah kaya heheh mak ngah nak bawak the whole family coti2 malaysia!!!! tggu saje destinasinya.

ok la ptg2 camni memang xde mood dah nak bercerita.sbbnye pale ni sakit,runsing sgt2+ sakit PMS aku ni lagi ....btw wedding theme nye sgt cute n cantek..purple!!! i like!!

chowwww

Monday, 21 May 2012

::Mengidam di hari Isnin::




apsal air liur aku petang2 mcm ni
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ha bende alah ni yg wat air liur aku meleleh petang2 Isnin ni.erghhhhh sabO je la.
ermmm knp eh??mengidam??teringin sangat la wey.
xpe balik ni aku cargas ke jusco dapat 1 slices pun jadi la....xsabO dah ni.cepat la kul 5!!!!!!!

Sunday, 20 May 2012

Sharing is caring :: Kenali Posisi JERAWAT anda::

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

 

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

note: lucky muka saye susah jerawat nak lekat!!! gunela Garnier!!!! hehehhe

Sharing is caring ::6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim::

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

note: remind diri sendiri juga!!