Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka
tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau
anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan
geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila
sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu
keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh
dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi
jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita
walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca
info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik
menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada
jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur
awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan
minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita
mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba
perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah
pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah.
Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin
berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar
seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak
normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi
petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena
sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi
memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi
jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah
sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai
tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong
sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan
membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia
juga membantu pelawasan.
note: lucky muka saye susah jerawat nak lekat!!! gunela Garnier!!!! hehehhe
No comments:
Post a Comment