aku pun mcm kaum wanita yg lain2 gak yg terkesima tgk cite Adam & Hawa ni.sebabnye..................... Aaron kot.tp aku x,aku jatuh hati sbb style Aaron act in this drama.klu actor lain maybe dgn cara drg sendiri.Am aka Adam ni selalu klua dialog2 yg spontanious yg akan wat aku sengih manjang tgk cite ni kannnn.....bukan aku je termasuklah akak2 kt opis ni.pagi2 dtg ofis cite sal Adam& Hawa ni...penangan hebat ni....
Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap 
perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. 
Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh 
membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam 
paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri 
ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari 
harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat 
rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang 
mekar dihatinya. Ah ... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani 
memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam 
dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang 
didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menggangap ikatan mereka sudah 
terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?
Sejak 
pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya 
jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam 
hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak 
terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Ain pasrah pada 
takdir dirinya. Buat apalah berdendam dan melukakan hati sendiri sedangkan jalan 
untuknya bahagia terbentang depan mata. Akhirnya, dia menerima Adam sebagai 
suami sepenuh hati. Dan di saat itu termaktub dalam hatinya bahawa tiada lelaki 
lain yang akan menemaninya selain Adam.
 

 
 
No comments:
Post a Comment