SEKIRANYA pada masa ini anda sering bekerja selama lebih lapan jam
sehari, apa kata anda cuba ubah rutin tersebut kepada masa yang lebih
pendek kerana kerja lebih masa dikaitkan dengan risiko mendapat sakit
jantung.
Menurut pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama
mempunyai risiko sebanyak 80 peratus untuk mendapat masalah
kardiovaskular itu.
Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology itu
menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah
diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet tidak tersusun.
Perbuatan itu dikhuatiri boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.
Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Amerika Syarikat itu
digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih
daripada 11 jam sehari memiliki risiko sakit jantung sebanyak 67
peratus.
Jelas pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat kerja
yang menambahkan kandungan hormon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut
turut mengganggu jadual diet dan mengehadkan aktiviti fizikal.
note:KOSMO Online
No comments:
Post a Comment