Wednesday, 30 April 2014

::Don't be so RIGID::

entah kenapa lame btol tak guna perkataan "rigid" ni.last time guna atau digunakan oleh lecturer i dekat tg malim. yes... acap kali die menegur kenapa awak ni rigid sgt.dulu i seorang yang perfectionist.sape tak taw kalau wat assignment tuh selagi tak kemas n xcantik, isi x padat  memang tidak akan dihantar. tapi lame2 lecturer tegur... kenapa tutorial pun i nak hantar kemas2.sedangkan ianya hanya tutorial.mase tuh dah terkesima.i menjawab.ITU SAYA ENCIK... yes my lecturer masa tuh LELAKI. maybe dah lame dipandang,di telek,di kaji perangai i ni... kaunselling session bermula.atau di poli dulu we called it sesi mapley.bile teringat balik..lecturer i tegur i rigid..i memang tak fhm.mase tuh hp tak canggih. balik hostel trus goggle dkt kamus.oi pedih kot maksudnye. Rigid!!!! DON'T BE SO RIGID!!!!

RIGID- 1 ) unable to bend or be forced out of shape; not flexible.

             2)  not able to be changed or adapted.

ye ke i mcm ni????mcm tipu je kan.tipu kot.menjerit sekuat ati.. mase tuh seat dalam bilik hostel sorg cari kelemahan. dulu i tak suke advice org.sbb serious i bukan org yg layak advice org. i know myself better. i just memerhati.ckp dalam hati,doa yang org tuh akan berubah.but it change slowly bile igt RIGID. penangan yg sgt kuat. terlalu kuat.ade sejarah tersendiri. bile kite tgk kawan kite, family kite,abg kite,mak kite, adik2 kite buat sesuatu yg kite rase kite perlu tegur in a way to change 'em.yess i should. its a MUST to say or giving an advice to 'em. tp xpelah. maybe org2 tuh tak RIGID mcm i kan. PERFECTIONIST maybe


PERFECTIONIST - Perfectionism refers to a set of self-defeating thoughts and behaviors aimed at reaching excessively high unrealistic goals. Perfectionism is often mistakenly seen in our society as desirable or even necessary for success. However, recent studies have shown that perfectionistic attitudes actually interfere with success. The desire to be perfect can both rob you of a sense of personal satisfaction and cause you to fail to achieve as much as people who have more realistic strivings.


Bagusnya perfectionist ni keje mereka sgt teliti,cantik,kemas.senang cite i "SALUTE". i like this people sbb kualiti kerja yg derang buat n hasilkan. but in other way its still have pro & cons. 

bukan merungut jauh skali membebel.tp bile niat ikhlas kite cuba btolkan situation n giving an advice its just like "mencurahkan air ke daun keladi." its ok.terima segalanya. n i wont say any words.die lebih pandai,bijak menilai.i tak setaraf die.jauh beza kasta kami. jadi lebih baik i sedar diri kedudukan kehidupan i berbanding die. im not ur advisor anymore.find ur good 1!!!!

doa ku pada Tuhan...always yg terbaik untuk die.

Tuesday, 29 April 2014

:: lil affdi is 28weeks::

Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.....
Alhamdulillah.....
 itulah ungkapan yang tak henti2 saat melihat si dia yg di dalam ni. very petite....last scan 3d mase 26weeks.dah taw si lilaffdi boy ke girl.... mummy memang pantang.menahan nafsu menyopping untuk si dia.dah dapat taw tema...mummy n daddy decide menyoping keperluan si dia. huhuuh excited.untukmu sayang.ape shj selagi hayat di kandung badan. lilaffdi sihat.baik2 aje dalam womb mummy ni.moga baik2 shj sampaila deliver ye syg.

InsyaAllah mummy akan follow up scan for make sure u are safe n healthy there.be good.love u till jannah. can't wait to meet u!!!!

Friday, 21 March 2014

:: Am I ready Enuff?????::

checklist


Assalamualaikum...

Lamenye i tak menggodek bff kesayang ni.huhuhuhu.kekangan masa.kekangan nafsu nak menaip.kepenatan.kemengahan.yg paling penting internet kat ofis yg sgt2 tahap gaban mencemburui  i untuk update cite2 terbaru.gara2 di block kan.hokey tak kisahlah..Entri kali ni i xtaw nak cite ape sebenarnye.tapi setelah digoogle terjumpe plak pic checklist yg cute tahap gaban ni..

memandangkan i dah masuk 23 weeks...maka byk jugaklah barang yg kene prepare.from a-z..kene check btol2.otherwise cnfirm ade yg tercicir...so peranan hubby n i sangat la penting untuk lilaffdi. hubby as a banker n i as e reminder.heheheheheh

looking at the checklist... i dont know how to describe my feeling.nervous sgt2.tak abis2 dok tanya kawan2 yg penah melalaui sangat getir ni... learn from the experience. seronok dengar cerita2 drg yg
dah ade anak ni.

hopefully my time nnt berjalan lancar.dipermudahkan Allah swt.di beri kesenangan ketika melahirkan. 

Friday, 28 February 2014

::Half way to go!!!!::

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam pegi checkup dekat Klinik O&G  everythings ok. Perkembangan lilaffdi yg baik. good my dear.checkup semalam lilaffdi dah 19w6d. so today lilaffdi lilaffdi is 20w. 20w to go.a bit nervous.hopefully semuanya sihat.n baik2 aje until delivery date.



Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran. 

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang minggu ke-37 kehamilan kerana pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan kelahiran boleh bermula bila-bila masa. 


http://www.babycenter.com.my/a1044273/perkembangan-fetus---hamil-20-minggu#ixzz2uaJgQYRo

Thursday, 6 February 2014

::baby lil affdi 17weeks::

assalammualaikum

pejam celik pejam celik dah 17weeks anak mama kat dalam perut mama ni. feeling sumthing that i really2 love.masih tertunggu2 her/his first move.. maybe ade terasa tp xtaw nak cakap.sbb ni 1st baby.ape2 pun bersyukur sgt2 n can't wait for the moment.rase lengkap hidup kalau anak mama dah kuwa...kannn melampau baru 4bulan.hikhikhik

to u lil affdi plz plz plz be good.stay healthy.mama will get u a good food for u.that my promise.to keep u healthy.be good in there.kalau nak main cak2 ngn mama bg la hint dulu. ni tak tanjat mama taw.heheheh

love u syg #lil affdi. end of this month kite scan ok!! n jumpe doctor.



Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau mengujakan daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut bertumit rendah. 

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua. 

Sekiranya anda belum lagi membuat ujian amniosentesis dan bercadang untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui imbasan ultrabunyi yang digunakan dalam prosedur ini. 



Thursday, 9 January 2014

::my lil affdi is 12 weeks::

see..the little baby in mama womb
assalamualaikum
hi there..hi si tecit
mama can't wait to see u..same goes with papa
hopefully awk sihat2 aje dkt dlm tuh taw.
be good. stay healthy
mama akan find n makan good food for u
everyday mama takkan putus2 doa untuk awak
mama & papa akan wat awk happy n senyum bile awk
kuwa n tgk dunia ciptaan Allah swt ni syg
mama doakan kesihatan awak sepanjang awak dekat dalam tu
stay there until awl nak kuwa tau..mama senyum tgk gamba awk ni.
love u my lilaffdi





muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjang dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 5.5sm dan beratnya kurang sedikit daripada 14g. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya pula mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan air kencing ke dalam pundi kencing. 

Jika abdomen anda dicucuk-cucuk, fetus akan mengeliat-ngeliat, tetapi anda tidak akan merasa pergerakan ini. Sel-sel saraf giat mengganda dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jarinya akan tertutup jika tapak tangannya disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika kelopak mata disentuh, otot mata akan menggenggam. 

Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasa bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. 

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda akan jadi sempit dan tidak dapat dipakai lagi. 

Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah 'mabuk-mabuk' hilang. Rujuklah bagaimana hendak makan secara baik pada minggu-minggu berikutan. 

  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


http://www.babycenter.com.my/a1044246/perkembangan-fetus---hamil-12-minggu#ixzz2pz9raHY0