Thursday, 9 January 2014

::my lil affdi is 12 weeks::

see..the little baby in mama womb
assalamualaikum
hi there..hi si tecit
mama can't wait to see u..same goes with papa
hopefully awk sihat2 aje dkt dlm tuh taw.
be good. stay healthy
mama akan find n makan good food for u
everyday mama takkan putus2 doa untuk awak
mama & papa akan wat awk happy n senyum bile awk
kuwa n tgk dunia ciptaan Allah swt ni syg
mama doakan kesihatan awak sepanjang awak dekat dalam tu
stay there until awl nak kuwa tau..mama senyum tgk gamba awk ni.
love u my lilaffdi





muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjang dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 5.5sm dan beratnya kurang sedikit daripada 14g. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya pula mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan air kencing ke dalam pundi kencing. 

Jika abdomen anda dicucuk-cucuk, fetus akan mengeliat-ngeliat, tetapi anda tidak akan merasa pergerakan ini. Sel-sel saraf giat mengganda dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jarinya akan tertutup jika tapak tangannya disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika kelopak mata disentuh, otot mata akan menggenggam. 

Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasa bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. 

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda akan jadi sempit dan tidak dapat dipakai lagi. 

Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah 'mabuk-mabuk' hilang. Rujuklah bagaimana hendak makan secara baik pada minggu-minggu berikutan. 

  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.


http://www.babycenter.com.my/a1044246/perkembangan-fetus---hamil-12-minggu#ixzz2pz9raHY0


Saturday, 4 January 2014

::hola 2014::

waahhhhh hola sgtla kan... dah 4 hari masuk 2014 baru ade entri.sebab2 lambat :

1) internet kat ofis di block sume jenis segala bagai blogspot etc. maka i memang tak ada nafsu untuk menaip,mencoret kata2,merepek meraban disebabkan amarah yang amat sangat kepada CTM, HKL.. ok CTM HKL ni maksudnya Cawangan Teknologi Maklumat, Hospital Kuala Lumpur.. haaaaaaa

2) sejak lilaffdi amik segala perhatian i maka 100% perlu memenuhi kehendak dia all the time.... pity to me.. die nak tdo kene tdo.die nak makan i kene makan. i shopping sebab kehendak i bukan lilaffdi.heheheh!!!
sape lilaffdi--------------> boleh tgk entri2 yg lepas. si kecik yang everyday 
getting big in my womb my tummy. be gud my dear.stay strong 
n healthy until July 2014 sayang.!!!!!

3) tuntutan & tanggungjawab kerja .ohhh my work sgtla byknye. nak mengadap year end.closing account. eveythings kene settle.

4) ari ni baru la ade chance nak update blog... so tiada azam yang beria sgt.mengharapkan lilaffdi dapat melihat dunia.menjadi anak yang sempurna.yang taat pada agama,ibu dan bapa.anak yg soleh dan solehah.  menjadi ibu & isteri & anak yang terbaik untuk org2 yang penting n i sayang dalam dunia ni
my love : Affizal Zainal
my precious : lilaffdi
my priority : ayah&mak

Friday, 20 December 2013

baby #affdi is 10weeks

Assalamualaikum

Syukur Ya Allah kerana memberikan kesihatan kepadaku dan anakku. Semoga dia membesar dengan sihat sehinggalah tiba waktu dia melihat duniamu ya Allah.



Fetus anda hanya sepanjang 3sm dari hujung kepala ke punggung dan beratnya kurang daripada 4g. Namun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang keseluruhan badan. Dahi terbonjol buat sementara dan terletak tinggi di kepala, tetapi ia kemudian akan bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka tulang belakang. Saraf-saraf menjalar keluar daripada saraf tunjang. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler iaitu stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu pranatal dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut. 

http://www.babycenter.com.my/a1044240/perkembangan-fetus---hamil-10-minggu#ixzz2o0Vi5ttV

::Kekuatan Seorang Ibu::

MasyaAllah runtun hati ni bile terbaca tentang kisah Adik Aqil Hamzah. sejak disahkan pregnant jiwa wanita i mudah tersentuh.sangat mudah.sampai bile hubby cakap ape2 pun sometimes boleh terasa. Lembutnye jiwa seorang ibu/bakal ibu. Besar sungguh kuasa Allah swt mewujudkan perasaan seperti ini. Kisah adik Aqil Hamzah yang patut dipandang secara serious oleh semua pihak. Ujian Allah swt tetap ada.untuk hambanya. yang penting Aqil kini Wildan di syurga yang dijaga oleh Nabi Ibarahim  a.s sehinggalah wildan ini bertemu ibu bapanya pada hari akhirat kelak. wildan yang mendoakan ibu bapanya.setiap hari ketika dia di syurga Allah. MasyaAllah.

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
   
   Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
   
   Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim) 
   
   Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
   
   Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
   
   Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
   
   Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
   
   Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
   
   Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Kes seperti ini tidak boleh diambil remeh oleh semua pihak. Pada i salah satu usaha yang dilakukan oleh ibu bapa Akil Hamzah patut dipuji. kes seperti adik ni jarang berlaku mungkin nisbah 1:100.tetapi langkah2 awal penjagaan awal perlu dititikberatkan. mungkin pihak kerajaan perlu menekan pencegahan PNEMOCOCAL di peringkat awal melalui kempen2 di semua klinik (governmet/private) . maybe subsidi untuk injection vaksin ini boleh diberi kepada semua ibu bapa yang kurang berkemampuan  dan dijadikan salah 1 vaksin yang wajib diambil oleh kanak2 memandangkan negara kita Malaysia mementingkan nyawa dan kesihatan. Lihat saja di HKL, warga asing juga diberi kemudahan yang sama seperti rakyat tempatan. Hopefully akan ada penambahbaikan untuk kes2 seperti ini.

Kita memang boleh bercakap bersuara tetapi yang menanggungnya hanya Allah swt yang tahu apa yang mereka lalui.


Friday, 6 December 2013

Asid folik: mengapa ia diperlukan???

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!



http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz2mfdx5z3q

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran


Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh keranaair mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagiproses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitubenih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya,apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atausperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….