39 Kes Kenapa Lelaki Tak Layak Menjadi Suami
39 KES KENAPA LELAKI TIDAK LAYAK MENJADI SUAMI Kes 1. Sepanjang
pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga
solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik
macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh
bimbing saya soal agama
Kes 2. Malam
pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad
nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan
mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi
sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
Kes 3. Selepas
3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah .
Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila
saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas
ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya.
Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima
surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
Kes 4. Beli
cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang
duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya.
Dia cuma beri "benih" sahaja.
Kes 5. Suami
mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah
sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau
alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
Kes 6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
Kes 7. Ramai
menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak
warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks
tiap2 malam dan suka liwat saya.
Kes 8. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
Kes 9. Saya
dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak
mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
Kes 10. Bekas
suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya
lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
Kes 11. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
Kes 12. Hancur
hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam
saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana
menuruti kehendak emaknya.
Kes 13. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
Kes 14. Suami
tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9%
muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia
terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
Kes 15. Saya
dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh
saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya
didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
Kes 16.Apabila
marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya,
sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu
masih terus diungkit setiapkali bergaduh..
Kes 17. Suami
tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan
rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..
Kes 18. Setiap
kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja
bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri,
tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput,
kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru.
Kes 19. Memang
saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana
tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta
kesayangannya.
Kes 20. Siapa
tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup
bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar.
Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya
menyara anak2.
Kes 21. Kalau
anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'.
Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat.
Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
Kes 22. Suami
gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di
dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3
hari tak keluar bawak teksi.
Kes 23. Tabiat
suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas
itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .
Kes 24. Sewaktu
bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak
berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan.
Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling
tahi.
Kes 25. Ketika
bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan
anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai
di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu
hidupnya.
Kes 26. 3-4
bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya
tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena
'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
Kes 27. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
Kes 28. Suami
saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak
boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah.
Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
Kes 29. Pernah
saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma
hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila
dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak
sementara dia di dalam penjara.
Kes 30. Sejak
berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya
dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya
lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar
khabar dah dapat anak luar nikah.
Kes 31. Dulu
hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab
ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang
nak sara anak2.
Kes 32. Kalau
seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu
di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
Kes 33. Kami
memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan
langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju
kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia
kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
Kes 34. Bab
duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat
banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering.
Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta"
(love bite) perempuan lain di badannya.
Kes 35. Pakcik
saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri
2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen,
dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua
isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di
katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak
hospital.
Kes 36.Saya
bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami
terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang
muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
Kes 37.Walaupun
sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu
kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya
perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun
tak pernah buat.
Kes 38. Bagi
saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka
dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat
pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma,
dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta
dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan
berendam airmata...
Kes 39. Selepas
15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu
'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat
dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya
2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar
kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung " MAAF BUKAN NAK KATA LELAKI SEMUANYA BERGINI CUME INILAH CERITA DARI KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!
++taken from bloggers++