Wednesday 25 April 2012

::wordless wednesday::


Dulu aku tak daya
Hingga saat engkau tiba
Kau bagaikan penyelamat cinta
Ku yang sengsara
Kau beri jiwa yang penuh
Mengisi setiap ruang kosongku
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya
Cinta yang kau beri
Menyuntik semangatku
Untuk terus memahami apa ertinya cinta
Dan apanya erti rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta
Kau beri jiwa yang penuh
Mengisi setiap ruang kosongku
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya
Cinta yang kau beri
Menyuntik semangatku
Untuk terus memahami apa ertinya cinta
Dan apanya erti rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat
Jika kau fikir
Aku yang terbaik
Jadilah milikku
Cinta
Dulu aku tak daya
Hingga saat engkau tiba
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya
Apa ertinya cinta
Dan apa ertinya rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta
Apa ertinya cinta
Dan apa ertinya rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta

Saturday 14 April 2012

::kite PUTUS.we are OVER!!! break ape nak buat nih.......arghhhhh::

Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.
Ada pembaca yang bertanya pada saya, apa yang perlu dilakukan apabila sudah break. Pembaca tersebut tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia terasa sangat sedih dan tertekan dengan keadaan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.

1. Banyakkan berdoa dan bersabar – Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

2. Makan coklat – Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye? :p

3. Luahkan kepada kawan rapat – Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

4. Berhibur – Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

5. Tidur Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.


Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda. Dan, sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan untuk artikel ini, anda boleh sampaikan ia melalui komen di bawah. :)

::24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu::


24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

::tu pasal la lelaki tak menangis::

entri before ni aku jumpe kenapa perempuan mudah menangis.but this time aku terjumpa kenapa lelaki tak menangis.setakat ni aku pernah jumpe sorg je lelaki yg pernah menangis depan aku.....so sweet acehhhh

“Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”
Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…”
Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…
Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis… :))
Ada tambahan atau sokongan? Angkat tangan… :))

source:www.tentangcinta.com

::kenape perempuan mudah menangis::

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.






Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan

source : http://www.tentangcinta.com

Tuesday 10 April 2012

::esok publick holidays::

Selasa,10 April 2012

+6.00am bgn tido. a bit early sbb tdo awal mlm semalam.check miscal n msg.then mandi n solat subuh+
+7.00am kuwa umah.hujan renyai.sejuk jek pagi ni otw pegi keje+
+7.45am bukak fb.tgk latest n killer notifications.seb baik xde.suam2 kuku je sume+
+8.15am pegi breakfast dgn remy,is n kaknor+
+9.00am start cari which work i have to do 1st.
+9.50am ok dah jumpe.mari wat keje.semangat sbb esok coti.tp kene keje n dpt triple pay+




Saturday 7 April 2012

::perfect LOVE atau dalam bahase melayunye CINTA sempurna::




Aku manusia lemah selalu terjatuh
Berbeda aku darimu jau berdiri teguh
Aku serba tiada, Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan 

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu 


Lepaskanlah diriku kerna aku tak mampu tuk menaggung 
sebuah cinta sempurna darimu
Bukan aku tak pernah mengerti dirmu
     ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
     Hilangkan rasa itu akhirkankan semua
 Dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan..
song by Yuna

Friday 6 April 2012

::gurl stuff.ape yg perlu ade dlm handbeg::

ni fews stuff yg shud have in my handbeg....dah mcm gua harta karun aku rase

1) wallet/purse have to la kan..sebab bank cards/credit cards,license sume

2) spec casing sbbnye aku ni rabun

3) pads,wet tissue n panty liner emergency cases sgt usefull brg2 ni

4) handphones. my life.my baby.xde hp payah.kene ade 2.sbb smartphone selalu abis bateri

5) makeup kit which is compact powder,blusher,eyeliner,mascara (lupe snap pic),lipstick/lipgloss. have to put all together inside in my handbeg sbbnye function x kire mase n tempat.be prepare.

6) kunci rumah n kunci kereta.sbb sng nak g mane2 n balik lmbt.ecehhhhh

7) supplement for energy,tiger balm kot2 headache.ammeltz yoko2 kot la sakit badan.sunblock kot la berjemur cam mat/minah saleh tuh.hairclips kene ade.together wit sikat.sng sket klu bersiap dalam kereta.panadol actifast lupe snap gak.and losyen pati halia kot la makan x hengat dunia,kembong sapu je bende ni.mane taw leh pecahkan lemak2 degil tu kan.

8) perfume!!!!!.kene ade with me is by burberry the beat.dah 4,5 years stick with this perfume.i mean burberry la.x kisahlah burberry ape pun. n klu abis by bodyshop,anything wud do,but love jasmine smell somac.

thats all,



my stuff



































































































































Wednesday 4 April 2012

::Tade Tajok::

In our life always have ups & downs... nothing is prefect. Just like a stair we climb up & sometimes we might fall down. Believing in myself, moving forward & setting goals has always helped me to grow in all aspects of life. I recently have had a couple of disappointing things happen in my life & sometimes it feels like literally the sky is falling on me! I know that I have some great people in my life that are totally supportive of me, which really helps. I know that I have a lot to be grateful for in this life. What I struggle with is the overwhelming emotions that are all under one category…… fear. Ni pehal ckp omputih nih...kekekek~ ^^

Akibat tekanan yg telmpao yg menekan2 jiwe rage spanjaang minggu nih aku tak mampu nak wat ape2 keje skali pun.sbbnye stress fikir masalah aku yg xsudah2 ni.jam dah 415.aku igt nak OT smp kul 6 ke 7 ke.tp badan mcm lemau.larat ke x ni,...uwaaaaaa

::Wordless Wednesday::


::meronggeng bersama DHIA ARDINIE::

aksi pertama sesi meronggeng di pagi hari
pegi beli roti canai+pakocok
xtahan pakai rayban gua


aksi kedua  sesi meronggeng di ptg hari

 aksi ketiga
 aksi keempat
 aksi kelima
 tempat yg dituju xde la vogue mane pun...

jeng jeng jeng